“Watak Hero Di Malaysia Ada Had” – Saharul Ridzwan Ingin Terokai Bidang Perniagaan

Hiburan

“Watak Hero Di Malaysia Ada Had” – Saharul Ridzwan Ingin Terokai Bidang Perniagaan

Baru-baru ini, pelakon Saharul Ridzwan mengakui hayatnya sebagai ‘hero’ tidak lagi panjang selain menyedari realiti sebenar kehidupan sebagai seorang pelakon.

Saharul Ridzwan
4 minggu lalu

Impian Terbesar, Saharul Ridzwan Rancang Tunaikan Haji Pada Tahun Hadapan

Advertisement

Saharul yang pernah mencetuskan fenomena menerusi drama Jangan Benci Cintaku, Korban Kasih dan Cinta Sekali Lagi itu memberitahu yang dia mahu menerokai bidang lain selain lakonan sebagai persediaan untuk masa depan.

Tambah Saharul lagi, dia kini ingin mengembangkan sayap perniagaan supaya ekonomi tetap kukuh meskipun tidak lagi berlakon dan salah satu persediaannya adalah mengusahakan kedai burger bersama pelawak, Nabil Ahmad.

Advertisement

Mungkin selepas saya tidak lagi menjadi hero, perniagaan dapat membantu saya.

Menurut Saharul atau nama sebenarnya Mohd Saharul Ridzwan Hashim, perkara tersebut bukanlah bermaksud dia merendahkan keupayaannya tetapi dia perlu berpijak di bumi yang nyata.

Ujar Saharul lagi, watak hero di Malaysia ada had. Lebih-lebih lagi dengan kemunculan ramai pelakon baru termasuk bakat baru daripada program realiti seperti Hero Remaja.

Saharul percaya bahawa watak hero sekarang ini masih lagi banyak, rakan-rakan seangkatan dengannya seperti Shukri Yahaya, Remy Ishak dan Zul Ariffin dilihat juga dilihat masih lagi tampil sebagai hero.

Saharul Ridzwan

Suatu perkara yang harus diakui, sampai masa saya juga akan sampai ke tahap di mana kurangnya tawaran watak utama. Apatah lagi, kita tengok tiada hero tua di Malaysia.

Susulan itu, Saharul memberitahu yang dia tidak mahu berlengah dan cuba melakukan apa yang terbaik demi masa hadapan.

Sekadar info, Saharul Ridzwan kini sedang berehat seketika dari dunia lakonan bagi melaksanakan beberapa perkara yang perlu diselesaikan.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...