Impian Terbesar, Saharul Ridzwan Rancang Tunaikan Haji Pada Tahun Hadapan

Hiburan

Impian Terbesar, Saharul Ridzwan Rancang Tunaikan Haji Pada Tahun Hadapan

Pelakon yang dilihat semakin mendekatkan diri dengan Allah selepas mengikuti kumpulan Jemaah tabligh, Saharul Ridzwan merancang untuk menunaikan ibadah haji pada tahun depan.

Saharul Ridzwan
3 years ago

"Mungkin Itu Adalah Petunjuk Daripada Allah Saya Adalah Jodohnya" - Saharul Ridzwan

Advertisement

Saharul atau nama lengkapnya Mohd Saharul Ridzwan bin Hashim berkata menunaikan rukun Islam kelima itu merupakan impian terbesarnya.

Pelakon Hati Perempuan itu berkata perancangannya untuk tahun hadapan lebih kepada luar dunia lakonan. Terdapat beberapa perkara yang perlu diselesaikannya, salah satunya adalah untuk menunaikan haji.

Saharul, 33, sudah lapan tahun bergelar seorang pelakon sedar bahawa jangka hayatnya sebagai hero drama tidak akan kekal lama kerana akan banyak kemunculan ramai pelakon baharu dan faktor usianya juga bakal menjadi kekangan untuknya kekal diposisi hero.

Jangka hayat seorang hero memang tidak akan lama. Sekarang saya sudah berusia 33 tahun berapa tahun sahaja lagi saya boleh memegang watak hero. Usia tidak akan menunggu saya, nanti muka juga berubah.

Saharul Ridzwan

Hakikatnya, watak hero di Malaysia memang ada hadnya. Tiada orang tua jadi hero di Malaysia

Menurut Saharul, dia sedang giat melakukan persediaan sebagai jaminan masa depan dengan melebarkan empayar perniagaannya dan bakal membuka sebuah perniagaan francais yang akan diusahakan bersama pengacara dan pelawak popular Nabil Ahmad.

‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...