Warga Emas Ditemui Tidak Bernyawa Atas Bumbung Rumah Di Felda Pasak

Berita

Warga Emas Ditemui Tidak Bernyawa Atas Bumbung Rumah Di Felda Pasak

Seorang warga emas ditemui meninggal dunia di atas bumbung rumahnya di Felda Pasak, pada petang semalam seperti yang dilaporkan portal Kosmo.

Allahyarham Yam Ramin yang berusia 80 tahun difahamkan telah jatuh pengsan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba di tempat kejadian.

Advertisement
Warga emas meninggal duniaSumber : Astro Awani 

Arwah dilaporkan sedang membaiki bumbung rumahnya yang rosak sebelum pihak bomba kawasan Kota Tinggi ada menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 3.44 petang.

Maklum Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP), Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Rafi Mohd Nor, seramai sembilan anggota telah dikejarkan ke lokasi kejadian yang berlaku di Jalan Bunga Cempaka, Felda Pasak.

Mangsa telah disedari pengsan oleh jirannya yang kebetulan berada di kawasan tersebut.

Pasukan Keluaraan Operasi (PKO) bertindak menurunkan mangsa menggunakan sistem tali dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM.

Ujar Rafi lagi, mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan pada jam 5.25 petang setelah keadaan kembali selamat.

2 years ago

Siakap Kayangan, Peniaga Bakal Didakwa Berikutan Gagal Lengkapkan Dokumen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...