Siakap Kayangan, Peniaga Bakal Didakwa Berikutan Gagal Lengkapkan Dokumen

Berita

Siakap Kayangan, Peniaga Bakal Didakwa Berikutan Gagal Lengkapkan Dokumen

Pengusaha restoran yang tular baru-baru ini berikutan mengenakan harga hidangan lebih RM1,000 untuk menu ikan siakap dilaporkan telah gagal mengemukakan dokumen perniagaan lengkap seperti yang dikehendaki Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), seperti yang dilaporkan Harian Metro.

Tinggal anak dalam kereta
2 years ago

Tinggal Anak Kecil Keseorangan? Anda Mungkin Didenda RM50,000 Dan Penjara 20 Tahun

Advertisement

Berikutan itu, peniaga berkenaan bakal didakwa mengikut Seksyen 53(A) Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

Rosol KPDNHEPSumber : MSN 

Perkara tersebut dimaklumkan Timbalan KPDNHEP, Datuk Rosol Wahid di mana pengusaha restoran telah memberikan kerjasama yang baik namun gagal mematuhi arahan menghantar dokumen perniagaan lengkap dan terperinci.

Malah, tempoh penghantaran dokumen tersebut turut dilanjutkan bagi membolehkan peniaga tersebut membetulkan sebarang kesilapan namun gagal dipenuhi.

Seksyen 53(A) yang dikenakan telah memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 jika sabit kesalahan. Siasatan lanjut atas kesalahan mencatut tidak dapat dijalankan disebabkan kegagalan menyediakan dokumen tersebut.

Jelas Rosol lagi, peniaga tersebut hanya menyatakan harga jualan ikan siakap adalah RM16 bagi setiap 100 gram dan tidak berubah sejak tiga tahun lalu namun ia bukan bukti kukuh dan tidak mencukupi untuk menjalankan siasatan lanjut.

Ikan siakap langkawiSumber : Google  

Dalam pada itu, dia menasihatkan agar golongan peniaga untuk sentiasa menyimpan rekod perniagaan termasuklah resit pembelian bagi tujuan penyiasatan KPDNHEP sekirang berlaku sebarang isu di masa hadapan.

Tedahulu, tular di media sosial apabila seorang individu terpaksa membayar harga juadah ikan siakap di sebuah restoran yang terletak di Langkawi bernilai lebih RM1,000 dengan berat ikan kira-kira tujuh kilogram seekor.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...