Sejak kebelakangan ini, kita sering dengar tentang berita mengenai jenayah dadah yang dilihat semakin menjadi-jadi khususnya di negara kita. Ramai individu yang bertindak melakukan jenayah ini kerana aktivti mengedar dadah ini mampu mendatangkan keuntungan yang sangat tinggi.
Jenayah melibatkan dadah ini termasuklah penyalahgunaan dadah oleh seseorang individu, mengedar dadah dan juga memproses dadah. Lebih menyedihkan, individu yang terlibat dengan jenayah dadah ini meliputi banyak peringkat umur. Ia berpunca daripada sikap acuh tidak acuh sesetengah individu tentang permasalahan ini.
Mengikut statistik, lebih daripada 100,000 orang telah terlibat dalam jenayah dadah ini dan jumlah terbesar datang daripada golongan belia iaitu sebanyak 65 peratus. Data yang ditunjukkan amat merisaukan pihak berkuasa kerana angka tersebut dilihat semakin meningkat dari tahun ke tahun walaupun sudah pelbagai operasi dijalankan.
Warga asing cuba rempuh anggota polis
Menurut laporan KOSMO, pihak polis telah menahan seorang lelaki warga asing ekoran tindakannya yang mahu merempuh anggota polis ketika cuba meloloskan diri dari ditahan.
Kejadian yang berlaku di Manggatal, Kota Kinabalu, itu memaksa anggota polis untuk melepaskan dua das tembakan ke arah tayar kereta suspek.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superintendan George Abd Rakman berkata, suspek berusia 20-an telah memandu kereta Perodua Myvi dalam kejadian kira-kira 2 petang tadi.
Operasi ‘Op Tapis’ tersebut dijalankan berikutan polis mengesyaki terdapat kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah di kawasan terbabit.
Dua paket dadah jenis syabu ditemui
Menurut Superintendan George Abd Rakman lagi, suspek pada awalnya berjaya melarikan diri namun hanya mampu bergerak sejauh 120 meter sebelum ditahan pihak polis.
Selepas pemeriksaan dilakukan, pihaknya juga turut menjumpai dua paket plastik lutsinar yang berisi ketulan hablur krtistal dipercayai dadah jenis syabu.
Mengulas lanjut, anggaran berat kasar keseluruhan rampasan dua paket dipercayai dadah jenis syabu itu adalah sebanyak 100 gram.
Susulan penahanan tersebut, suspek kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara