Polis Bongkar Makmal Proses Dadah, Tujuh Lelaki Ditahan

Trending

Polis Bongkar Makmal Proses Dadah, Tujuh Lelaki Ditahan

Tidak dinafikan, kes meilbatkan dadah sememangnya bukan satu perkara yang asing lagi dalam negara kita. Setiap hari, ada sahaja berita baru tentang masalah individu yang terbabit dengan dadah.

Kes melibatkan dadah ini termasuklah penyalahgunaan dadah oleh individu, penyeludupan dadah, mengedar dadah dan juga memproses dadah. Lebih menyedihkan, individu yang terlibat dengan dadah ini meliputi banyak peringkat umur.

Advertisement

3 years ago

Kastam Rampas Dadah Bernilai Lebih RM400,000

Boleh dikatakan, masalah dadah dalam negara kita ini masih sukar dibendung walaupun sudah pelbagai operasi dijalankan pihak berkuasa. Masih ramai yang mengambil sikap acuh tidak acuh tentang permasalahan ini.

Polis membongkar makmal memproses dadah di sebuah kondominium mewah di Bukit Tambun, Simpang Ampat dan menahan tujuh lelaki bersama dadah pelbagai jenis bernilai RM184,335 dalam siri serbuan sekitar Nibong Tebal, Jumaat lepas.

Menerusi sumber daripada BERNAMA, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang ACP Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata pihaknya menyerbu kondominium mewah tersebut pada pukul 7.30 malam sebelum menahan dua lelaki berusia 39 dan 51 tahun.


Serbuan tersebut adalah hasil daripada maklumat dan risikan yang dijalankan oleh pihak polis sejak dua minggu lepas. Semasa serbuan itu, dua lelaki tersebut sedang leka memproses dadah dan tidak sempat melarikan diri.

Polis kemudiannya merampas 13.6 kg heroin serta 7kg serbuk kafein yang kesemuanya bernilai RM184,335. Bukan itu sahaja, turut dirampas oleh polis adalah peralatan memproses dadah serta cecair kimia.

Tambah ACP Mustafa Kamal Gani Abdullah lagi, susulan penahanan dua lelaki tersebut, polis menyerbu tiga lagi lokasi di sekitar Seberang Perai Selatan (SPS) dan menahan lima lagi lelaki berusia dalam lingkungan 21 hingga 50 tahun dipercayai ahli sindiket memproses dan mengedar dadah tersebut.

“Polis turut menahan ketua sindiket iaitu lelaki berusia 34 tahun di sebuah kedai menjual gas memasak atau gas petroleum cecair (LPG) dan dipercayai berselindung disebalik perniagaan itu bagi mengaburi pihak berkuasa,” tambah ACP Mustafa Kamal Gani Abdullah

Polis serbu makmal proses dadah

Antara dadah yang dirampas pihak polis ketika serbuan – Sumber BERNAMA

Siasatan awal mendapati sindiket itu aktif sejak tiga bulan lepas dengan menyewa kondominium mewah tersebut pada kadar RM1,800 sebulan hanya untuk dijadikan makmal memproses dadah jenis heroin.

Sindiket itu mendapat bekalan dadah daripada rangkaian mereka sebelum memprosesnya menjadikan heroin dan dipasarkan sekitar negeri-negeri di utara. Dadah yang dirampas itu boleh digunakan oleh 67,900 penagih.

Menurut beliau lagi, semua individu yang ditahan itu positif dadah dan mempunyai pelbagai rekod lampau berkaitan jenayah serta dadah. Mereka kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...