Warga Asing Dilayan Sopan Oleh Doktor Ketika Suntik Vaksin

Trending

Warga Asing Dilayan Sopan Oleh Doktor Ketika Suntik Vaksin

Pelaksanaan inisiatif program vaksinasi Covid-19 secara walk in yang sudah dijalankan khususnya untuk golongan yang berdepan masalah untuk mendapatkan suntikan vaksin sedikit sebanyak dijangka mampu untuk menangani isu warga asing yang tidak mampu untuk mengambil vaksin.

Usaha untuk memberikan suntikan vaksin kepada golongan warga asing ini dilihat antara aspek penting dalam memastikan kejayaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bagi mengawal penularan Covid-19 dalam negara kita.

Advertisement

4 bulan lalu

Tular Kesesakan Di PPV, Tindakan Lelaki Ini Buat Netizen Bangga

Inisiatif tersebut juga dilihat dapat membantu warga asing yang memasuki Malaysia secara sah dan mempunyai permit kerja, namun atas sebab-sebab tertentu tidak dapat mengambil suntikan vaksin kerana gagal mendaftar melalui aplikasi MySejahtera.

Tiada double standard, warga asing dilayan dengan sopan oleh doktor yang ditugaskan menyuntik vaksin kepadanya

Seperti yang kita tahu, kecoh baru-baru ini mengenai insiden seorang petugas kesihatan perempuan yang ditugaskan untuk menyuntik vaksin kepada seorang warga asing yang dilihat bercakap kasar kepada individu tersebut.

Susulan daripada insiden itu, tular pula sebuah perkongsian video di laman TikTok oleh seorang pengguna bernama belalhosnan yang memaparkan situasi dirinya ketika mendapatkan suntikan vaksin.

Advertisement


Dalam perkongsian video tersebut, kelihatan warga asing tersebut dibantu oleh seorang petugas kesihatan lelaki untuk merakam detik bermakna dirinya diberikan suntikan vaksin.

Apa yang menjadi perhatian ramai orang yang menonton perkongsian video tersebut adalah apabila petugas kesihatan itu dilihat bercakap dengan penuh sopan dan lemah lembut ketika hendak menyuntik vaksin kepadanya.

Lebih menarik lagi, petugas kesihatan tersebut juga sempat memintanya untuk berselawat dalam hati sebelum vaksin disuntik. Malah, pertanyaan lelaki itu tentang sama ada rakaman di telefon bimbitnya sudah mula atau tidak turut dijawab secara berhemah oleh petugas kesihatan itu.

“Alhamdulillah. Siap suruh berselawat lagi, tenang jiwa”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 257.4 ribu tontonan, 23.7 ribu tanda like dan 1.3 ribu komen. Rata-rata netizen turut memuji tindakan sopan yang ditunjukkan oleh petugas kesihatan yang menyuntiknya itu.

Doktor sopan layan warga asing ketika suntikan vaksin

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Ramai juga yang turut membandingkan situasi dalam perkongsian video tersebut dengan situasi insiden warga asing dilayan kasar oleh petugas kesihatan ketika menyuntik vaksin yang tular sebelum ini.

Tidak kurang juga yang berseloroh dengan memuji lelaki itu kerana menyunting video tersebut dengan menggunakan banyak effect untuk menjadikan video tersebut menarik.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...