Tular Kesesakan Di PPV, Tindakan Lelaki Ini Buat Netizen Bangga

Trending

Tular Kesesakan Di PPV, Tindakan Lelaki Ini Buat Netizen Bangga

Seperti yang kita tahu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) iaitu Khairy Jamaluddin telah mengumumkan berkenaan pusat pemberian vaksin (PPV) yang akan dibuka untuk kemudahan mendapatkan vaksin Covid-19 secara ‘walk in’ bagi yang belum menerima janji temu.

Kemudahan mendapatkan vaksin Covid-19 secara ‘walk-in’ tersebut juga dibuka untuk pekerja-pekerja warga asing. Ia merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan dalam meningkatkan kadar vaksinasi di Lembah Klang.

Advertisement

11 bulan lalu

Beberapa Pihak Didakwa Mengenakan Cas RM800 Untuk Satu Dos Vaksin

Ini adalah kerana, kes jangkitan Covid-19 di Lembah Klang mencatatkan jumlah tertinggi di Malaysia. 10 pusat vaksinasi PICK telah membenarkan vaksinasi secara ‘walk-in’ dari 2 hingga 22 Ogos bagi memastikan mereka yang masih belum menerima suntikan vaksin dapat divaksin termasuklah warga asing.

Pusat vaksinasi (PPV) di Kuala Lumpur sesak dengan warga asing

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian video di laman Instagram memaparkan satu kejadian di pusat vaksinasi sekitar Kuala Lumpur yang sesak dengan warga asing.

Lebih menimbulkan kerisauan orang ramai apabila warga asing tersebut dilihat tidak menjaga penjarakan fizikal dan Standard Operating Procedures (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ini adalah kerana, pada awalnya tempat tersebut tiada pengawasan pihak polis.

Video tersebut dirakam oleh bondaumirahtaib dan suaminya sendiri yang kebetulan lalu di kawasan tersebut sekaligus telah mencuri perhatian ramai rakyat Malaysia selepas mereka berkongsi di laman media sosial.

Rayu kerajaan supaya lakukan sesuatu kerana sudah tidak sanggup melihat ramai yang kehilangan ahli keluarga disebabkan Covid-19

Menerusi perkongsian di IGTV itu, dia dan suaminya mengambil tindakan untuk merakam situasi tersebut dengan harapan agar dapat membuka mata semua tentang peningkatan angka kes positif di negara kita.

Mereka juga turut meluahkan rasa kecewa kerana tiada langsung pengawasan daripada pihak polis untuk menjaga Standard Operating Procedure (SOP) di tempat berkenaan pada mulanya. Sepatutnya, warga asing tersebut perlu diberikan guide daripada pihak berkuasa supaya mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Sir Shakib menyuruh warga asing untuk patuhi SOP di PPV

Si suami memberi arahan kepada warga asing untuk menjaga jarak ketika beratur – via Instagram

Atas dasar rasa tanggungjawab, suami tersebut kemudiannya dilihat turun padang sendiri dan memberi arahan kepada warga asing yang sedang beratur tersebut supaya menjaga jarak mereka.

Si suami sekali lagi ke PPV berkenaan pada malam yang sama

Lelaki di dalam perkongsian video tersebut yang dikenali dengan nama Sir Shakib merupakan founder dan juga salah seorang cikgu di pusat tuisyen Maths Clinic.

Pada malam yang sama, dia bertindak sekali lagi untuk pergi ke PPV tersebut bersama pasukannya daripada Maths Clinic.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shakib.S (@sshakib.s)

Advertisement

Mereka telah melakukan operasi dengan meletakkan 100 kon dan melekatkan tape dengan jarak 1.5 meter sebagai panduan untuk mereka yang hadir ke PPV tersebut keesokan hari serta hari-hari berikutnya.

Di ruangan komen perkongsian tersebut, ramai yang bangga dengan sikap prihatin ditunjukkan oleh Sir Shakib bersama pasukannya

Rata-rata netizen mengucapkan terima kasih kepada Sir Shakib dan pasukannya kerana sikap prihatin mereka yang melakukan operasi tersebut dengan niat orang ramai yang pergi ke PPV tersebut dapat mematuhi SOP yang ditetapkan.

Komen netizen di Instagram Sir Shakib

Komen netizen di ruangan komen perkongsian Sir Shakib – via Instagram

 

Komen netizen di Instagram Sir Shakib

Komen netizen di ruangan komen perkongsian Sir Shakib – via Instagram

Pengorbanan dan rasa tanggungjawab Sir Shakib serta pasukannya ini sangat perlu untuk rakyat Malaysia contohi. Kita perlu teruskan konsep #kitajagakita supaya satu hari nanti penularan wabak virus Covid-19 ini dapat dibendung.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...