Penyanyi, Wany Hasrita mendedahkan yang dirinya telah mengambil pendekatan untuk berhenti seketika daripada menggunakan platform media sosial bagi memberi ruang buat dirinya untuk berehat.
Menurut Wany, tahun 2021 sememangnya telah memberikan dirinya banyak pengajaran terutamanya menerusi fasa jatuh dan bangun.
Apa yang membuatkan saya berasa agak down itu ada berkait rapat dengan hal peribadi saya. Iman seseorang itu pun boleh naik dan turun, ini kan pula mental manusia.
Enggan mengulas lanjut mengenai sebab utama dia berehat seketika daripada media sosial, Wany menyifatkan perkara tersebut sebenarnya terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum.
Dalam pada itu, Wany memberitahu yang waktu terluangnya itu telah dimanfaatkan dengan menyertai aktiviti outdoor iaitu berkhemah di dalam hutan untuk berehat seketika dan menenangkan diri.
Tambah Wany, setiap perkara yang berlaku pasti ada penyebabnya namun apa yang membuatkan dia trigger tidak dapat dikongsikan kerana ia melibatkan hal yang sangat sensitif.
Namun, Wany memaklumkan bahawa antara sebab lain berkemungkinan adalah kerana dia terlampau fokus pada kerja sehingga tiada masa untuk beri perhatian pada diri sendiri.
Disebabkan itu, Wany menganggap yang mungkin itulah masanya untuk dia mengasingkan diri seketika dan kembali semula kemudian dengan fresh start.
Wany menjelaskan perkara tersebut ketika ditemui di majlis pelancaran produk Flavettes Nutriskincare yang berlangsung di Vogue Lounge, Menara Suezcap 1, Bansgsar pada Rabu.