Wanita Tertidur Ketika Anak Demam Sehingga Sawan, Doktor Kata Bukan Salah Ibu

Kehidupan

Wanita Tertidur Ketika Anak Demam Sehingga Sawan, Doktor Kata Bukan Salah Ibu

Menjaga anak kecil sememangnya mencabar bagi ibu bapa kerana  anak kecil sangat mudah untuk jatuh sakit dan jika tidak dijaga dengan betul boleh membawa maut.

Itulah yang terpaksa dilalui oleh seorang ibu  sepertimana yang dikongsikan oleh seorang doktor yang dikenali sebagai Dr Redza Zainol.

Advertisement

Memetik laporan daripada mStar, doktor itu menceritakan tentang seorang kanak-kanak yang masuk ke wad akibat sawan panas yang disebabkan oleh demam antara usia enam bulan sehingga enam tahun.

Seperti biasa, doktor itu bertanyakan kepada ibu untuk mendapatkan maklumat lengkap tentang anaknya tetapi ibu berkenaan mengeluarkan air mata dan menyalahkan diri sendiri akibat tertidur dan terjaga setelah badan anaknya betul-betul panas sehingga mengalami sawan.

Sumber : mStar 

Namun begitu, Dr Redza Zainol yang juga merupakan doktor yang berpengalaman dalam kesihatan kanak-kanak dan ilmu keibubapaan menjelaskan kepada ibu tersebut bahawa sawan yang terjadi tidak boleh dikawal dan berkait dengan otak serta perkara yang terjadi bukannya salah ibu kepada kanak-kanak itu.

Mendengar penjelasan doktor, ibu itu mula berasa sedikit lega dan mengucapkan terima kasih dengan informasi yang diberi oleh doktor.

Selain itu, Dr Redza Zainol juga berharap agar pihak suami juga memberi perhatian kepada isteri masing-masing dan menjadi pendengar kepada masalah yang berlaku.

kanak-kanak kurang ajar tumbuk 'cousin'
2 years ago

"Budak Tak Budak!" - Gambar Raya Tak Jadi Gara-Gara Anak Buah Nakal, Netizen Pesan Nasihat Anak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...