“Budak Tak Budak!” – Gambar Raya Tak Jadi Gara-Gara Anak Buah Nakal, Netizen Pesan Nasihat Anak

Kehidupan

“Budak Tak Budak!” – Gambar Raya Tak Jadi Gara-Gara Anak Buah Nakal, Netizen Pesan Nasihat Anak

Video yang dimuat naik oleh seorang pengguna baru-baru ini di platform Twitter memaparkan keluarga besar ingin mengambil bergambar bersama-sama telah menarik perhatian ramai.

Ia mendapat perhatian ramai kerana salah seorang budak lelaki berbaju Melayu berwarna merah telah membuat satu tindakan yang mendatangkan perasaan kurang senang pada para netizen yang menontonnya.

Advertisement

Di dalam video itu, kelihatan budak tersebut terjatuh sendiri sebelum mengambil gambar dan diketawakan oleh para keluarga yang lain.

Kerana tidak dapat menerima dirinya ditertawakan oleh keluarga, budak yang terjatuh itu mengambil tindakan menumbuk salah seorang kanak-kanak lain yang mentertawakannya sebelum mengambil telefon yang sedang merakam.

Apa yang membuatkan pengguna Twitter yang memuat naik itu berasa berang kerana budak tersebut memukul orang lain sedangkan salah sendiri.

komen twitter

Meninjau di ruangan komen, ramai juga meluahkan rasa geram dan merasakan ayat ‘nama pun budak’ tidak boleh dipakai jika kanak-kanak tersebut sudah berlebihan dan perlu di ajar.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

simpsons
2 years ago

(VIDEO) "Selalu Simpsons Ramal Jadi Betul" - Netizen Cuak Siri Kartun Terkenal Ramal Air Pasang Besar Di KL

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...