Wanita ‘Tertekan’, Suami Ugut Cerai Kalau Hujung Tahun Masih Tak Mengandung

Kehidupan

Wanita ‘Tertekan’, Suami Ugut Cerai Kalau Hujung Tahun Masih Tak Mengandung

Wanita luah rasa sedih serta tertekan apabila dirinya diberi masa hingga hujung tahun untuk hamil jika tidak mahu diceraikan oleh suami dan luahan tersebut dikongsikan oleh pengacara, Fedtri Yahya di laman Instagramnya.

Menurut wanita yang enggan mendedahkan identitinya itu, perkahwinan bersama suami yang sudah didirikan selama tujuh tahun tersebut masih belum dikurniakan zuriat.

Advertisement

Lagi membuatkan wanita itu terluka apabila sang suami berniat untuk menceraikan beliau sekiranya masih lagi belum dikurniakan zuriat sehingga hujung tahun ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AHMAD FEDTRI YAHYA (@fedtriyahya)

Kerana sudah buntu memikirkan soal yang amat berat ini, wanita tersebut tampil berkongsikan masalahnya kepada pengacara Jejak Rasul itu.

Meninjau di ruangan komen, kelihatan pelakon Catriona Ross tampil memberi pandangannya berkenaan dengan isu terbabit dan menurutnya, perkahwinan merupakan satu perkongsian serta perjanjian di antara pasangan yang bercinta.

Its an agreement about 2 people being in love dan isteri jangan dianggap kilang yang diwajibkan untuk melahirkan ikut kehendak. Just leave that man Puan.

Dalam pada itu, netizen turut tidak lupa meninggalkan komen supaya wanita tersebut untuk kekal tabah dan ada juga yang mengatakan beliau berhak mendapat pasangan yang lebih baik dari itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

perempuan hina gaji laki RM1500
2 years ago

Tular Trend 'Reject' Pasangan Gaji RM1500, Lelaki Nasihat Perempuan Jangan 'Menghina'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...