Tular Trend ‘Reject’ Pasangan Gaji RM1500, Lelaki Nasihat Perempuan Jangan ‘Menghina’

Kehidupan

Tular Trend ‘Reject’ Pasangan Gaji RM1500, Lelaki Nasihat Perempuan Jangan ‘Menghina’

Sememangnya seorang perempuan mahukan pasangan yang terbaik untuk mendirikan rumah tangga bersama, terutama dari segi pendapatan sebagai tanda kestabilan ekonomi sekiranya lelaki terbabit menjadi sang suami.

Namun begitu, jika lelaki terbabit kekurangan dari segi itu, ia bukanlah satu perkara yang patut dipandang hina dan tidak sewajarnya wanita menyuarakan hal tersebut secara terang-terangan.

Advertisement

Itulah yang sedang menjadi trend di platform TikTok sekarang ini, dimana lelaki atau perempuan sering kali dilihat melakukan video “Finally found my type”.

Baru-baru ini, seorang pengguna bernama Iddin Ramli sempat menasihati wanita yang membuat video sedemikian dengan berkata kekayaan bukanlah semata-mata dalam bentuk duit.

Tidak menafikan perempuan berhak untuk memilih pasangan hidup, bagaimanapun ia bukan ‘tiket’ untuk mereka menghina pendapatan orang lain.

Meninjau di ruangan komen video terbabit, rata-rata netizen berasa kecewa dengan trend yang sedang tular di platform terbabit serta menganggap gaji kecil bukanlah satu masalah asalkan ianya halal.

komen tiktokSumber : TikTok 

2 years ago

"Dekat IC Lelaki Islam, Tapi..." - Amoi Ini Tegur Lelaki Pegang Tangan Wanita Bukan Mahram, Ramai Sentap!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...