Wanita Terkejut Video Dapat Perhatian Di TikTok, Wajah Suami Disamakan Dengan Saif Ali Khan – “Ramai Komen Kata Sama”

Kehidupan

Wanita Terkejut Video Dapat Perhatian Di TikTok, Wajah Suami Disamakan Dengan Saif Ali Khan – “Ramai Komen Kata Sama”

Siapa sangka video dimuat naik olehnya di aplikasi TikTok menjadi tular dan meraih perhatian ramai gara-gara wajah suaminya yang disamakan dengan pelakon terkenal Bollywood.

Kata Nabila Nasarudin, dia tidak sangka suaminya, Shah Faizal Suhel menjadi perhatian selain ramai yang bertanya asal usulnya kerana memiliki wajah seperti warga asing.

Advertisement

Ketika membuat konten di media sosial tentang kisah mereka suami isteri, ramai yang memberi respon dan memuji muka suaminya persis Saif Ali Khan.

Mulanya saya rasa macam tak sama. Tapi apabila ramai asyik komen kata sama, saya buat perbandingan dan ada sedikit persamaan di bahagian mata, kening dan senyuman.”

Bagaimanapun, suaminya memang berasal dari Malaysia dan kata Nabila pada mulanya dia tidak tahu siapa pelakon Bollywood diperkatakan orang ramai sehingga dia membuat carian Google.

Bagi ramai yang tertanya, suami Nabila sebenarnya mempunyai kacukan Pakistan dan Arab jadi tidak hairanlah jika wajahnya itu ada rupa pelakon hindustan.

Difahamkan, Nabila dan suaminya itu berkenalan sejak zaman sekolah dan membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga pada April 2019.

@nabilaola6

Korang Tengok Sampai Habis Tak Sangka Jadi Macam Ni.. #fyp? #foryou

? bunyi asal – Nyap tahuk – zul nyp selek

Kata Nabila lagi, suaminya memang meminati filem Bollywood dan menjadikan Aamir Khan serta Hrithik Roshan sebagai idola termasuklah dalam bidang kecergasan (bina badan).

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Dah Lah Tu, Jadi Diri Sendiri Sudah" - Lepas Dipuji Persis Fazura, Netizen Kata Makin 'Over' Pula

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...