“Dah Lah Tu, Jadi Diri Sendiri Sudah” – Lepas Dipuji Persis Fazura, Netizen Kata Makin ‘Over’ Pula

Trending

“Dah Lah Tu, Jadi Diri Sendiri Sudah” – Lepas Dipuji Persis Fazura, Netizen Kata Makin ‘Over’ Pula

Baru-baru ini, seorang wanita meraih perhatian ramai warganet di media sosial selepas wajah dan suaranya dikatakan persis selebriti jelita, Fazura.

Malah, sebelum ini Fazura sendiri pernah meninggalkan komen menerusi salah satu video di TikTok wanita ini.

Advertisement

3 bulan lalu

"Cara Cakap Pun Sama" - Wanita Buat Warganet Terkejut Muka Salin Tak Tumpah Macam Fazura

Sejak itu, dia sering mendapat permintaan daripada pengikut di TikTok untuk meniru atau membuat sesuatu seperti Fazura sebagai contoh, meniru suara isteri Fattah Amin itu.

Namun, menerusi salah satu video yang dimuat naik oleh Ellya Farahanny di TikTok, netizen memintanya untuk berhenti membuktikan dia betul-betul persis Fazura.

Menurut mereka, makin lama ia menjadi bosan kerana dia sering membuat video berkaitan pelakon tersebut.

Ramai netizen menyuruh Ellya untuk menjadi dirinya sendiri meskipun wajah dan suaranya disamakan seperti seorang selebriti terkenal.

Bagaimanapun, segelintir netizen memberikan komen positif dan berkata Ellya hanya menunaikan permintaan pengikutnya di aplikasi itu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    September 2, 2022 at 9:38 am

    Akak, fokus je kat family and business tu. X payah nk excited sgt nak entertain orang disuruh tiru Fazura. Fazura ada, Fazura boleh layan peminat2 dia. Advise je peminat dia sentiasa menyokong Fazura. Nanti akak sendiri menyesal bila kena compare dgn Fazura. Udah2 la tu.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...