Wanita Terbuang Emas Bernilai RM70K Selongkar Lori Sampah

Trending

Wanita Terbuang Emas Bernilai RM70K Selongkar Lori Sampah

Tidak dinafikan, barang kemas atau emas sememangnya menjadi benda yang paling diminati terutama bagi golongan wanita. Boleh dikatakan, setiap wanita pastinya mempunyai barang kemas mereka sendiri.

Kadangkala, kita juga boleh jadi rambang mata dibuatnya bila terlihat barang kemas ini. Ia juga boleh dikatakan penyelamat jika kita mengalami kesukaran kerana kita boleh menjualnya kembali dengan harga yang tinggi.

Advertisement

3 years ago

Nilai Pelaburan RM10 Juta, Emas Fareha Tawar Barang Kemas Berkualiti Dengan Harga Terbaik!

Disebabkan itu, ramai orang sekarang ini dilihat suka untuk melabur wang mereka dengan membeli emas daripada benda lain. Kata orang, melabur dengan membeli emas merupakan salah satu pelaburan yang berbaloi.

Seorang wanita terpaksa selongkar kembali timbunan sampah daripada lori sampah kerana terbuang emas miliknya

Baru-baru ini tular di laman media sosial Facebook, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna yang memaparkan seorang wanita terpaksa selongkar lori sampah untuk mencari barang kemasnya kembali.

Dalam perkongsian video tersebut, wanita itu telah bertemu dengan pekerja pembersihan bagi mencari barangan kemas yang telah dibuangnya tanpa sengaja.

Difahamkan, kejadian berlaku kerana wanita tersebut pada awalnya mahu membuang sampah tetapi secara tidak sengaja telah membuang sekali barang kemasnya yang disimpan di dalam bekas berwarna hijau.

Apabila menyedari perkara tersebut, dia kemudiannya dengan segera memanggil pekerja pembersihan itu untuk mencari barang kemas miliknya yang dianggarkan bernilai RM70,000.

Wanita itu bernasib baik kerana dia akhirnya menjumpai semula bekas yang mengandungi beberapa barang kemas miliknya itu. Syukur ya ‘akak’ dapat jumpa balik, rugi besar itu kalau hilang.

“Buat kenduri sedekah orang makanan, tanda syukur”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 76 ribu tontonan, 1 ribu tanda like dan 652 komen. Rata-rata netizen turut meluahkan rasa syukur mereka kepada wanita tersebut kerana akhirnya dia menjumpai barang kemasnya kembali.

Wanita selongkar sampah cari emas

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via Facebook

 

Wanita selongkar sampah cari emas

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via Facebook

Tidak kurang juga yang mengatakan kepada wanita tersebut supaya membelanja pekerja-pekerja pembersihan yang menolongnya untuk mendapatkan kembali barang kemasnya itu sebagai tanda terima kasih.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...