Nilai Pelaburan RM10 Juta, Emas Fareha Tawar Barang Kemas Berkualiti Dengan Harga Terbaik!

Trending

Nilai Pelaburan RM10 Juta, Emas Fareha Tawar Barang Kemas Berkualiti Dengan Harga Terbaik!

Tahniah diucapkan kepada syarikat Emas Fareha Sdn Bhd kerana berjaya  membuka rangkaian kedai emas pertamanya dengan nilai pelaburan sebanyak RM10 Juta di Bandar Saujana Putra.

Pengasas dan Pengarahnya, Nurul Fareha Anuar berkata, pihaknya yakin dengan pembukaan Emas Fareha itu dapat menawarkan barang kemas berkualiti dan rekaan tersendiri pada harga terbaik untuk pelanggannya.

Advertisement

Katanya, walaupun sudah membina empayar dalam perniagaan tudung menerusi jenama Fareha by Cikfa, bidang baharu (kedai emas) ini dapat mempelbagaikan lagi cabang perniagaannya.

Nurul Fareha berkata, idea membuka kedai emas itu tercetus apabila melihat perniagaan tudungnya mampu beroperasi sepenuhnya di bawah seliaan kakitangannya.

“Apabila perniagaan tudung sudah boleh diuruskan oleh pekerja, saya berpendapat tiba masanya untuk mengembangkan cabang perniagaan dan fokus kepada perniagaan yang sentiasa menambat hati pelanggan wanita iaitu emas”

“Bagi saya, emas adalah cinta hati wanita. Selain sukakan pakaian, wanita juga sangat menyukai emas. Justeru, saya memberanikan diri membuka Emas Fareha ini”

Bermodalkan RM10 juta, Nurul Fareha sedar ia jumlah yang besar, namun yakin emas sentiasa mempunyai permintaan tinggi selain percaya semua perniagaan mempunyai risiko tersendiri.

“Risiko dalam perniagaan itu memang ada. Berniaga tudung pun ada risikonya. Tapi, kalau takut kepada risiko, sampai bila-bila kita tidak boleh berjaya.

emas fareha

“Jadi, sebagai peniaga, kita perlu cuba mengatasi apa juga risiko dan dugaan dalam perniagaan ini,” katanya.

Menyedari persaingan hebat dalam perniagaan emas, Nurul Fareha berkata, pihaknya sentiasa memberikan kualiti, rekaan dan harga terbaik buat pelanggannya.

Emas Fareha

“Maksudnya di sini, harga kita memang mengikut harga semasa, tetapi kita beri lagi diskaun,” katanya yang menyasar jualan RM2.5 juta sebulan.

Menurutnya, syarikat itu juga akan mempelbagaikan kaedah pemasaran dengan memberi fokus material atau gambar berkualiti bagi tujuan pemasaran, harga emas sentiasa lebih rendah dan menggunakan pelbagai platform jualan.

“Selepas Aidilfitri ini, kami akan menjalankan sistem ejen. Bagaimanapun, ia hanya dibuka kepada 250 orang dan peluang ini diberikan kepada ejen tudung Fareha by Cikfa sahaja,” katanya.

Walaupun masih baru dalam perniagaan emas ini, Nurul Fareha yakin dan berharap dengan bantuan suaminya yang juga Pengarah Urusan Emas Fareha, Mohd Yusri Mohd Yusoff perniagaannya itu akan terus berkembang maju.

“Untuk perancangan masa hadapan, saya berhasrat membuka lebih banyak cawangan di seluruh negara selain mengeluarkan rekaan emas sendiri yang eksklusif dalam tempoh lima tahun ini”

“Saya juga berharap Emas Fareha ini akan semaju perniagaan tudung bahkan memberikan keuntungan yang berganda serta perniagaan ini berpanjangan sehingga boleh diwarisi kepada anak-anak kelak,” katanya.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...