Wanita Tamatkan Riwayat Bersama Dua Anak Rupanya Pernah Cuba Bunuh Diri Sebelum Ini – “Suami Dia Curang”

Kehidupan

Wanita Tamatkan Riwayat Bersama Dua Anak Rupanya Pernah Cuba Bunuh Diri Sebelum Ini – “Suami Dia Curang”

Pada 8 September lalu, polis melaporkan penemuan mayat wanita bersama dua anaknya di dalam sebuah bilik sewa dipercayai membunuh diri.

Mangsa, Wang Yanlian ditemui bersama dua anaknya, Lin Jiaxin, 15, dan Lin Junhong, 14, di dalam bilik yang ditutup di sebuah apartmen di Kampung Baru Ampang, Ampang.

Advertisement

Kematiannya itu telah membongkar perkara yang lebih mengejutkan tentang kehidupan wanita berkenaan semasa hayatnya diceritakan oleh rakan keluarga yang juga merupakan bapa angkat anak perempuannya.

cerita

Menurut WeirdKaya, Wang rupa-rupanya pernah cuba menamatkan riwayatnya sebelum ini disebabkan oleh kecurangan suaminya.

Rakan keluarga bernama Chen Baihong itu mendedahkan Wang pernah cuba membunuh diri 10 tahun yang lalu selepas mendapat tahu suaminya curang sebulan selepas anak lelaki mereka dilahirkan.

Saya masih ingat ia berlaku pada hari Sabtu dan saya dapat mesej daripadanya meminta untuk menjaga anak perempuannya.

Chen merasakan seperti sesuatu tidak kena dan terus bergegas ke rumah Wang untuk memeriksa keadaannya namun pintu berkunci.

mati

Dia kemudian menghubungi suami Wang untuk pulang untuk membuka kunci dan ketika itulah wanita tersebut dijumpai terbaring atas katil dengan Panadol bertaburan atas lantai.

Wang kemudian dikejarkan ke hospital untuk membersihkan perutnya daripada ubat yang ditelan dan selepas mendapatkan rawatan dia berjaya diselamatkan.

Tambah Chen, selepas cubaan membunuh diri itu Wang dan suaminya bercerai dan dia membesarkan dua anaknya seorang diri.

wanita mati

Meskipun begitu, Chen akui dia terkejut dan tidak menyangka Wang akan menamatkan nyawanya dan anak-anak dengan cara yang sedemikian.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

rumah sewa
9 months ago

Lelaki Dijumpai Meninggal Dunia Dalam Rumah, Dikunci Dari Luar Oleh 'Owner' Sebab Berbulan Tak Bayar Sewa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : WeirdKaya

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...