Lelaki Dijumpai Meninggal Dunia Dalam Rumah, Dikunci Dari Luar Oleh ‘Owner’ Sebab Berbulan Tak Bayar Sewa

Kehidupan

Lelaki Dijumpai Meninggal Dunia Dalam Rumah, Dikunci Dari Luar Oleh ‘Owner’ Sebab Berbulan Tak Bayar Sewa

Bau pelik membongkar penemuan mayat seorang lelaki berusia 40 tahun dalam sebuah rumah di kondominium di Petaling Jaya.

Lebih memeranjatkan, mayat itu dijumpai di dalam rumah yang dikunci dari luar oleh pemilik kediaman terbabit gara-gara sudah 3 bulan tidak membayar sewa.

Advertisement

Menurut peguam yang mewakili keluarga mangsa, dia tidak dapat meminta bantuan kerana tiada wang untuk tambah nilai telefon bagi membuat panggilan.

maut dalam rumah sewa

Dalam pada itu, tuan rumah berkenaan menafikan sengaja mahu mengurung mangsa sebaliknya tidak tahu keberadaannya di dalam semasa mengunci pintu rumahnya pada 2 Julai lepas.

Katanya, mangsa sudah dihubungi lebih dari 30 kali namun tidak mengangkat dan disebabkan itu pemilik terbabit tidak memecah masuk untuk periksa jika penyewanya ada di dalam.

kunci

Dia turut mempersoal mengapa mangsa tidak mencari jalan dan mendakwa ada cara lain untuk keluar dari unit itu iaitu menerusi balkoni di ruang tamu atau dapur (yang berdekatan dengan unit lain).

Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan memaklumkan, hasil bedah siasat mendapati penyewa meninggal dunia akibat serangan jantung, bukan disebabkan kelaparan.

Tiada unsur jenayah ditemui dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

mayat lelaki dalam bonet
10 months ago

"2 Hari Hilang.." - Terhidu Bau Busuk, Adik Terkejut Jumpa Mayat Abang Dibungkus Plastik Hitam Dalam Bonet

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Goody!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...