Seorang wanita yang terlalu marah dilaporkan telah menyerang pasangan suami isteri dengan sebilah pedang samurai di rumah mereka.
Menurut Kosmo, kejadian itu berlaku di Bangkok di mana wanita berkenaan bertindak sedemikian kerana berang mereka enggan melakukan hubungan intim dengannya.
Pasangan tersebut berkata mereka sudah berkali-kali diugut sehinggakan terpaksa melarikan diri dari Bangkok. Bagaimanapun, wanita itu tetap masih mengekori mereka ke mana-mana.
Sebuah klip video yang menunjukkan wanita itu cuba menikam lelaki tersebut di hadapan rumahnya tular di media sosial baru-baru ini.
Kata lelaki dikenali sebagai Air, 38 tahun itu, dia dan wanita dikenali sebagai Aum, 40, telah berkawan sejak setahun lalu.
Difahamkan mereka mengenali antara satu sama lain ketika masing-masing mempunyai pasangan. Namun, Air berkata Aum sering meminta agar mereka berdua melakukan hubungan intim.
Air bagaimanapun menolak permintaan tersebut dan memutuskan untuk melarikan diri selepas tidak dapat menahan sikap aneh Aum.
Bukan itu sahaja, Aum dikatakan pernah ke rumah isterinya dan mengugut anak lelaki pasangan itu berusia 11 tahun.
Video tular itu telah dirakam oleh isteri Air yang mengesyaki Aum mempunyai gejala penyakit psikotik.
Pasangan itu bagaimanapun belum melaporkan kejadian itu kepada pihak polis kerana baru sahaja berpindah.
Selain itu kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.