“Ugut Nak Cari Tempat Kerja” – Lelaki ‘Psiko’ Ganggu Gadis, Cuba Sentuh & Paksa Cakap ‘I Love You’

Kehidupan

“Ugut Nak Cari Tempat Kerja” – Lelaki ‘Psiko’ Ganggu Gadis, Cuba Sentuh & Paksa Cakap ‘I Love You’

Perkara yang amat ditakuti serta digeruni oleh orang ramai terutamanya wanita, apabila diganggu dengan lelaki yang tidak dikenali secara tiba-tiba.

Seperti yang terjadi pada seorang gadis ini, beliau diganggu oleh lelaki ‘psiko’ ketika sedang menunggu kakaknya di salah sebuah bus stop untuk mengambil beliau balik dari kerja.

Advertisement

Menurutnya, ketika sampai di perhentian bas, dia sudah nampak susuk tubuh lelaki pelik itu tetapi terpaksa juga duduk di situ untuk berteduh dari hujan.

Sampai saja disitu, gadis tersebut terus memasang earphone tetapi semasa sedang dengar lagu, dia terdengar ‘sayu-sayu’ suara lelaki ingin bercakap dengannya, lalu toleh ketepi dan lihat lelaki terbabit sudah berada dekat dengannya.

Gadis itu memberitahu, lelaki ‘psiko’ itu mula bertanya soalan privasi terhadap dirinya dan yang membuatkan dia berasa terkejut, apabila lelaki terbabit tahu dimana tempat dia bekerja.

Katanya lagi kepada mStar, cubaan lelaki itu untuk menyentuhnya gagal dan kerana terlalu takut, dia cuba menghubungi sepupunya tetapi tidak dapat kerana Internetnya ketika itu agak lemah.

komen tiktokSumber : TikTok  

Beliau berkongsikan video dirinya diganggu dengan lelaki ‘psiko’ itu di platform TikTok kerana ingin menjadikan ia sebagai pesanan kepada para wanita untuk sentiasa berhati-hati apabila bersendirian.

Menjawab pertanyaan ramai tentang kenapa beliau ‘melayan’ lelaki tersebut, dia membuat penjelasan bahawa dia tidak mahu lelaki terbabit bertindak lebih ‘ganas’ jika dirinya tidak menjawab pertanyaan individu itu.

Finalis miss Malaysia
2 years ago

“Saya Tak Anggap Saya Rakyat Malaysia” - Finalis Miss Malaysia Dikecam, Berharap ‘Dilahirkan’ Di Negara China

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...