Wanita Mengamuk Pesanan Tak Dihantar Depan Pintu Rumah, Baling Air Pada ‘Rider’ Dan ‘Guard’

Berita

Wanita Mengamuk Pesanan Tak Dihantar Depan Pintu Rumah, Baling Air Pada ‘Rider’ Dan ‘Guard’

Tular sebuah video di platform media sosial, Facebook kelihatan seorang wanita membuat satu tindakan yang mengundang kemarahan netizen kerana berasa bengang pesanan makanan tidak dapat dihantar di hadapan pintu rumah.

Perlakuan yang dianggap melebihi batas itu telah dirakam oleh seseorang sebelum video tersebut tular setelah di kongsikan di Facebook.

Advertisement

Kejadian yang berlaku dalam video yang dimuat naik pada 26 November lalu itu terlihat seorang wanita menyimbah air boba yang ditempah menerusi perkhidmatan penghantaran makanan secara atas talian kepada pengawal keselamatan dan penghantar makan di sebuah residensi.

Menurut pengirim yang dikenali sebagai Michael Cheng itu, ia berpunca kerana wanita itu berasa marah apabila pesanannya tidak dapat dihantar di hadapan pintu rumah kerana peraturan resindensi yang telah ditetapkan.

Difahamkan insiden itu berlaku pada jam 8 malam dan pelanggan wanita dari China itu berkeras mahu penghantar makanan menghantar pesanannya di pintu rumah, namun pengawal keselamatan disitu tidak membenarkannya.

Selepas beberapa ketika, dia turun dengan marah dan berkata, ‘negara lain termasuk China boleh buat, kenapa Malaysia macam ni!’

Oleh kerana itu, terjadilah insiden menyimbah air kepada kedua-dua individu tersebut tetapi pengirim video tersebut memuji mereka kerana masih kekal tenang di dalam situasi yang terjadi itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Followers ig Kevin Mendoza
3 years ago

Ketangkasan Penjaga Gol KL City Curi Perhatian Ramai, Pengikut IG Naik Mendadak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...