Ketangkasan Penjaga Gol KL City Curi Perhatian Ramai, Pengikut IG Naik Mendadak

Hiburan

Ketangkasan Penjaga Gol KL City Curi Perhatian Ramai, Pengikut IG Naik Mendadak

Kejayaan pasukan Kuala Lumpur City FC (KL City) menundukkan Johor Darul Ta’zim (JDT) 2-0 dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2021 di Stadium Bukit Jalil malam tadi benar-benar mengejutkan.

Selain babak perlawanan yang sengit, ketangkasan penjaga gol KL City Kevin Mendoza yang kerap mematikan percubaan Harimau Selatan turut meraih perhatian.

Advertisement

Malah, dalam masa satu malam sahaja, populariti pemain kacukan Denmark-Filipina ini naik mendadak apabila meraih jumlah followers yang ramai di Instagram.

Sebelum perlawanan berlangsung, jumlah pengikutnya dalam lingkungan 8,000 sahaja, namun selepas aksi berbisanya mematahkan percubaan JDT sekaligus menamatkan perlawanan tanpa dibolosi, pemain ini meraih sehingga 40,000 followers baharu.

Rata-rata menganggap pemain berumur 27 tahun ini layak dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan. Apa-apa pun tahniah pasukan KL City!

Selain itu kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Sajat
2 years ago

Rumah Dan Harta Sajat Di Damansara Akan Dilelong Berikutan Kegagalan Bayar Pampasan RM200,000

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...