Wanita Kongsi Deposit Hotel ‘Burn’ Sebab Titik Kecil Darah Di Cadar, Rupa-Rupanya..

Kehidupan

Wanita Kongsi Deposit Hotel ‘Burn’ Sebab Titik Kecil Darah Di Cadar, Rupa-Rupanya..

Sudah menjadi kebiasaan sekiranya kita pergi melancong bersama kawan-kawan atau keluarga, pastinya kita akan membuat tempahan bilik hotel ataupun inap desa.

Apa yang menjadi faktor pemilihan sesebuah tempat penginapan adalah keselesaan,lokasi, kebersihan, kemudahan dan lain-lain; mengikut citarasa pelanggan.

Advertisement
Check In HotelSumber : Google  

Baru-baru ini seorang wanita telah berkongsi pengalamannya menginap di sebuah hotel di Ibu Kota Kuala Lumpur yang dianggap sebagai ‘tidak disangka’ dan pahit untuk diingati kembali di laman Facebook Hotel Review Malaysia.

Cerita wanita itu, dia dan keluarga telah menginap selama dua hari satu malam di dua buah bilik hotel tersebut dengan harga RM519.

 

Banyak baca review orang complain tentang check-in process yang lambat. Tapi kebetulan masa saya sampai servis okay je. Mungkin sebab tak ramai orang. Staff tak berapa mesra, memang beg angkat sendiri.

Sehinggalah tiba waktu untuk mereka ‘check-out’ pada keesokan harinya, seisi keluarga itu telah berdepan dengan satu pengalaman yang tak terduga.

Katanya, receptionist telah memaklumkan bahawa satu bilik mempunyai kesan titik-titik darah di cadar.

 

Masa check out untuk refund deposit, receptionist minta tuggu sekejap sebab house keeping nak check bilik. Kemudian, mereka maklumkan satu bilik okay, tapi satu lagi ada kesan titik darah di cadar.

Cadar titik darahSumber : mStar Online 

 

Dia pun tunjuk gambar di telefon bimbitnya, darah tu titik kecil-kecil je, bukannya macam darah period. Suami tak puas hati dan dia decide nak naik semula ke bilik dan tengok sendiri.

Disebabkan tidak mempunyai bukti kukuh untuk menafikan dakwaan pihak hotel, mereka telah dikenakan bayaran sebagai ganti rugi kerana ‘mengotorkan’ cadar berkenaan.

Cadar gantiSumber : mStar Online 

Meskipun deposit hangus, namun pihak hotel telah memberi cadar yang kotor sebanyak dua helai sebagai ganti dan ‘kenang-kenangan’.

Akhir perkongsian, wanita itu memberi ulasan tempat penginapan tersebut hanyalah sebagai satu pengajaran kepada mereka agar lebih berhati-hati apabila ‘check-in’ hotel pada masa akan datang.

Tiktok
3 years ago

Setengah Jam Cari Kad Vaksin, Gadis Sebak Pak Cik Tua Terketar-Ketar Kena Tahan Guard ‘Mall’

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...