Setengah Jam Cari Kad Vaksin, Gadis Sebak Pak Cik Tua Terketar-Ketar Kena Tahan Guard ‘Mall’

Kehidupan

Setengah Jam Cari Kad Vaksin, Gadis Sebak Pak Cik Tua Terketar-Ketar Kena Tahan Guard ‘Mall’

Sebuah perkongsian gadis yang dikenali sebagai @_kaksue di aplikasi TikTok telah mengundang sebak netizen apabila dia ada memuat naik video seorang warga emas yang dilihat bersusah payah mencari kad vaksinasi untuk masuk ke dalam sebuah pasar raya.

Warga emas tersebut dilihat terkial-kial mencari kad vaksinasi miliknya untuk ditunjukkan kepada pengawal bertugas seperti yang diunjurkan dalam SOP COVID-19 di negara ini.

Advertisement

Kata gadis tersebut, warga emas itu dilihat mengambil masa 30 minit untuk mencari kad vaksinasi dan dia kemudiannya mempersoalkan hati budi pengawal keselamatan bertugas kerana memikirkan kemungkinan pak cik tersebut tidak celik IT.

Malah, dia turut meluahkan rasa kurang senang dengan sikap terlampau tegas pengawal tersebut sehinggakan warga emas itu kelihatan tidak berdaya dan terketar-ketar.

Komen TikTokSumber : TikTok 

Difahamkan pengawal keselematan tersebut merupakan warga negara asing dan keperluan meminta kad vaksinasi itu adalah wajib kerana kerajaan kini tidak lagi menyarankan pendaftaran secara manual iaitu menulis dalam buku seperti sebelum ini.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen berharap kelonggaran dapat diberikan kepada warga emas memandangkan mereka tidak begitu memahami dan celik IT seperti golongan belia.

mengidam naik stroller bayi
6 bulan lalu

"Tak Segan Ke?" - Wanita Mengidam Naik 'Stroller' Bayi, Netizen Kecam Kata 'Attention Seeker'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

3 Comments

  1. Anonymous

    February 11, 2022 at 7:17 pm

    Depa igt yg hidup kat malaysia ni semua muda remaja aje…

  2. gula gula

    February 11, 2022 at 3:48 pm

    yg kondem pak guard tu sah2 bodoh. dia buat kerja je, dia pun ada keluarga nk bg mkn. kau tak puas hati pergi la complain kt management. malaysia ramai yg low class mentality, suka sgt blame org bawahan padahal yg buat rules tu org atasan.

  3. Anonymous

    February 11, 2022 at 11:37 am

    Esok pak guard tu boleh naik pangkat atau naik gaji.Hahaha, s o p oh s o p

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...