Wanita Kongsi Cerita Dimarahi Ibu Mentua Sebab Suruh Suami Cuci Pinggan – “Kenapa Tak Basuhkan? Kena Layan Elok Suami Tu”

Kehidupan

Wanita Kongsi Cerita Dimarahi Ibu Mentua Sebab Suruh Suami Cuci Pinggan – “Kenapa Tak Basuhkan? Kena Layan Elok Suami Tu”

Kehidupan berumah tangga itu memerlukan kerjasama di antara kedua-dua suami dan isteri tidak kiralah dalam apa jua hal terutamanya apabila melakukan kerja rumah.

Masing-masing perlu saling membantu dan melengkapi sebagai contoh apabila suami sudah membasuh baju isteri pula akan melipat dan kemas.

Advertisement

Namun, kerjasama antara pasangan ini bagaimanapun mengundang rasa kurang senang si ibu yang berpendapat anaknya tidak perlu membantu.

Tular perkongsian seorang wanita yang menceritakan tentang ibu mentua yang marah selepas melihat anak lelakinya membantu si isteri basuh pinggan.

Kenapa tak basuhkan (pinggan) dia, kan suami awak tu, kena layan elok elok.”

Wanita itu mengakui berasa bengang dengan kata-kata ibu mentuanya yang masih berfikiran ke belakang dan menganggap hanya isteri perlu melakukan kerja-kerja di rumah.

Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai warganet yang mengingatkan agar ibu bapa untuk mengajar anak lelaki menjadi ringan tulang.

Apatah lagi, mengikut sisi agama sememangnya suami lah yang perlu melakukan kerja sebegitu termasuklah memasak untuk isteri.

Segelintir daripada mereka mengkritik si ibu mentua kerana memanjakan anak selain turut menekankan bahawa kerja rumah ini tidak ada tugas khas mengikut jantina.

Twitter
1 year ago

"Tak Suka Keluarga Saya Ke?" - Isteri 'Frust' Keluarga Mentua Suka Datang Mengejut Ke Rumah, Suami Tak Ambil Peduli

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...