“Tak Suka Keluarga Saya Ke?” – Isteri ‘Frust’ Keluarga Mentua Suka Datang Mengejut Ke Rumah, Suami Tak Ambil Peduli

Kehidupan

“Tak Suka Keluarga Saya Ke?” – Isteri ‘Frust’ Keluarga Mentua Suka Datang Mengejut Ke Rumah, Suami Tak Ambil Peduli

Seorang wanita baru-baru ini meluahkan perasaan tidak puas hati apabila keluarga mentuanya bersikap ‘mencabar’ kesabarannya saban hari.

Kata wanita itu, keluarga mentuanya terlalu kerap datang secara mengejut malah mereka juga gemar bermalam di kediamannya.

Advertisement

Keluarga mentua suka datang rumah tiba-tiba. Bayangkan tengah ada urusan kat luar, tiba-tiba dapat panggilan mentua dah sampai depan rumah.

Anda rasa? ‘Angin’ tak orang datang rumah kita tiba-tiba tak maklumkan awal? Datang ramai pula tu, lepas tu bermalam sekali. Janganlah macam tu. Tak baik.

Jelasnya lagi, dia ada berbincang mengenai perkara itu bersama suaminya namun dipersalahkan pula kerana dianggap tidak menyukai keluarga mentua.

Saya dah cakap benda ni dekat suami tapi dia sendiri tak boleh nasihat mak ayah dia. Lepas tu suami saya boleh cakap, awak tak suka keluarga saya ke? ke situ pula pusingnya.

Berikutan itu, wanita berkenaan berasa berat hati dan pernah terfikir untuk tidak pulang ke rumah kerana masalah itu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tampil memberikan nasihat dan pendapat mereka mengenai isu ini.

TwitterSumber : Twitter  

Kata warga maya, wanita dan suaminya perlu menyelesaikan masalah dengan berhemah agar tidak berlaku pergaduhan sehingga boleh menyebabkan penceraian pula.

“Kita bukannya marah mereka nak datang. Kita mesti nak dalam keadaan yang terbaik untuk terima tetamu. Lagi-lagi mentua. Tak apa, awak pesan je dekat mentua setiap kali mereka datang. Saya selalu pesan dalam nada gembira, jadi tak adalah mereka terasa” komen seorang warga maya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

khalwat
1 year ago

Beri Alasan Bincang 'Assignment', Dua Penuntut IPT Dicekup Berkhalwat Dalam Hotel Bajet

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...