“Wanita Kena Bersatu, Bukannya Jatuhkan Sesama Sendiri…” – Scha Alyahya

Hiburan

“Wanita Kena Bersatu, Bukannya Jatuhkan Sesama Sendiri…” – Scha Alyahya

Pelakon jelita, Scha Alyahya menerusi Instagram story mempersoal mengapa wanita yang selalunya gemar menjatuhkan wanita lain.

Katanya, sebelum ini golongan wanita selalu marah kerana lelaki memperkotak katikkan mereka namun ujarnya wanita secara keseluruhannya tidak bersatu.

Advertisement

scha alyahya

Aktres berusia 40 tahun itu juga turut berkongsi video mempamerkan enam pelakon wanita antarabangsa ketika anugerah berprestij Golden Globe baru-baru ini.

Menerusi klip itu, mereka dilihat bersorak dan meraikan pemenang Pelakon Wanita Terbaik iaitu Emma Stone.

Seronok tengok mereka sokong satu sama lain. Sangat ’empowering’. Tengoklah, dengan bersatu kita (wanita) boleh bina komuniti yang kuat dan saling menyokong antara kita.

scha

Bagaimanapun, Scha menegaskan dia tidaklah menuduh semua wanita membenci antara satu sama lain cuma berdasarkan pemerhatiannya, rata-rata wanita bersikap sebegitu.

Bukannya jatuhkan sesama sendiri dan sangat menghakimi antara satu sama lain. Dulu kita marah lelaki make fun dan ‘gula gula’ kan kita. Padahal kita sendiri tak bersatu.

scha

Meskipun tidak menyebut nama mana-mana pihak namun penulisan isteri kepada Awal Ashaari itu dipercayai sekadar memberi kata-kata muhasabah berikutan kontroversi yang sedang hangat diperkatakan ketika ini membabitkan dua pelakon wanita.

fathia latiff zahirah
12 months ago

"Pernah Ke Berlakon Filem? Pernah Ke Masuk 'Cover' Lebih 10 Majalah?" - Akui Hebat Daripada Zahirah, Fathia Latiff 'Show Off' Pencapaian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...