“Pernah Ke Berlakon Filem? Pernah Ke Masuk ‘Cover’ Lebih 10 Majalah?” – Akui Hebat Daripada Zahirah, Fathia Latiff ‘Show Off’ Pencapaian

Hiburan

“Pernah Ke Berlakon Filem? Pernah Ke Masuk ‘Cover’ Lebih 10 Majalah?” – Akui Hebat Daripada Zahirah, Fathia Latiff ‘Show Off’ Pencapaian

Sejak semalam, hangat diperkatakan tentang aktres Fathia Latiff yang teruk dikecam kerana mengeluarkan kata-kata kurang enak terhadap Zahirah Macwilson.

Menerusi siaran langsung, Fathia menyamakan wajah Zahirah Macwilson itu seperti bibik dan mendakwa dia melakukan pembedahan plastik di bibir.

Advertisement

fathia latiff
4 months ago

"Muka Macam Bibik, Ayah Dia Pelakon Tak Famous" - Fathia Latiff Perli Zahirah MacWilson & Aiman Hakim Dalam 'Live'

 

Persoal pencapaian Zahirah

Bukan itu sahaja, Fathia berkali-kali menekankan dia lebih bagus daripada Zahirah daripada segi rupa paras dan pencapaian dalam industri.

Meskipun teruk dikecam oleh ramai warganet di media sosial, Fathia tetap tidak mempedulikan hal itu dan berkata dia mempunyai hak untuk bersuara.

Menerusi Instagram, Fathia turut memuat naik story tentang isu tersebut dan dilihat masih melakukan provokasi terhadap Zahirah yang sehingga kini masih berdiam diri.

Pernah ke (wajah) terpampang pada lebih 10 muka depan majalah, tak? Jadi, diam.

fathia latiff

 

“Pernah ke berlakon filem?”

Bukan itu sahaja, aktres berusia 36 tahun tersebut turut mempersoal jika Zahirah pernah berlakon filem dan memenangi anugerah Pelakon Filem Wanita Popular ABPBH sepertinya suatu ketika dahulu.

fathia latiff

Meskipun ibu Zahirah tampil bersuara tentang hal ini namun aktres tinggi lampai itu dan Aiman Hakim masih tidak memberikan apa-apa respon berkenaan kenyataan Fathia.

Dalam pada itu, ramai warganet berpendapat Fathia berhati busuk dan mendakwa dia masih belum move on daripada perpisahannya dengan Aiman.

aiman zahirah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...