Wanita Jerit Dalam ‘Labor Room’ Sebab Sakit Tahan Kontraksi 25 Jam Tapi Dilabel ‘Mengada’ Pula

Hiburan

Wanita Jerit Dalam ‘Labor Room’ Sebab Sakit Tahan Kontraksi 25 Jam Tapi Dilabel ‘Mengada’ Pula

Difahamkan sebelum seorang wanita mahu bersalin, mereka dinasihati agar tidak menjerit semasa proses menerana kerana enggan membuatkan dirinya berasa cepat letih dan ikut segala arahan doktor ataupun nurse dengan jelas agar proses berjalan dengan lancar.

Bagaimanapun, setiap wanita yang ingin bersalin pasti melalui keperitan yang berbeza-beza sepanjang prosedur di dalam labor room.

Advertisement

Seperti perkongsian seorang wanita ini di TikTok, pengalaman bersalin buat pertama kali itu sememangnya tidak akan dapat dilupakan olehnya.

Melalui kisah yang dikongsikan, dia mengalami masalah kekurangan air ketuban serta alami komplikasi beranak dan turut terpaksa menahan kontraksi selama 25 jam. Bukan itu saja, wanita ini juga ‘diseluk’ beberapa kali oleh doktor kerana ingin menyelamatkan anak perempuannya di dalam kandungan.

Hanya berkongsikan cerita, dengan tidak semana-mananya ada yang mengata ibu muda ini ‘mengada’ hanya kerana menjerit di dalam bilik bersalin.

Bagi memperjelaskan tindakan individu yang mengecamnya itu, wanita ini berkata setiap ibu mempunyai keperitan yang berbeza-beza dan dia juga sempat menceritakan satu per satu kesakitan yang di alami.

komen tiktok

komen tiktok

Meninjau di ruangan komen hantaran video terbabit, netizen yang juga sudah bergelar ibu menidakkan bahawa wanita itu ‘mengada’ kerana menjerit dalam bilik bersalin dan juga tidak lupa untuk berkongsikan pengalaman perit yang turut dihadapi oleh mereka semasa hendak bersalin.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

nora danish makan di restoran Gordon Ramsay
4 bulan lalu

"Bila Kekayaan Mengaburi Mata, Tak Tahu Halal Haram" - Ramai Pertikai Nora Danish Makan Di Restoran Gordon Ramsay

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...