“Bila Kekayaan Mengaburi Mata, Tak Tahu Halal Haram” – Ramai Pertikai Nora Danish Makan Di Restoran Gordon Ramsay

Hiburan

“Bila Kekayaan Mengaburi Mata, Tak Tahu Halal Haram” – Ramai Pertikai Nora Danish Makan Di Restoran Gordon Ramsay

Baru-baru ini, pelakon jelita Nora Danish buat pertama kali mencuba makan malam di sebuah restoran mewah milik cef antarabangsa terkenal iaitu Gordon Ramsay Bar & Grill yang terletak di Sunway Resort, Petaling Jaya.

Melalui hantaran yang dilakukan, Nora berkongsikan gambarnya bersama keluarga menikmati makanan di restoran itu serta memberi respon yang baik mengenai restoran mewah terbabit.

Advertisement

Perkara yang menarik perhatian apabila Nora sendiri mencuba menu terkenal restoran terbabit iaitu Beef Wellington, seketul daging yang disaluti cendawan dan dibalut dengan pastri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NaOra Daishi (@noradanish)

Oleh kerana makan di restoran milik mat saleh, ramai yang mempertikaikan status halal makanan terbabit memandangkan menu daging itu dihidangkan bersama sos wain merah.

Dalam perkongsiaan yang sama, jelas Nora menunjukkan video anak sulungnya, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram menikmati menu itu tanpa ada sos wain merah berkenaan.

komen ig

komen ig

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberi nasihat kepada Nora untuk memandang serius soal status halal sesuatu restoran dan jangan terlalu mengikut trend apabila hendak mencuba sesuatu.

Difahamkan dari artikel Gempak, restoran terbabit tidak mempunyai sijil halal kerana alkohol dihidangkan di dalam restoran berkenaan, namun tidak mempunyai hidangan berasas daging khinzir di dalam menu mereka.

faizal azumu berlakon
2 years ago

"Acting Mantap!" - Kelibat Faizal Azumu Berlakon Dalam Drama Sheila Rusly Raih Pujian Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...