“Acting Mantap!” – Kelibat Faizal Azumu Berlakon Dalam Drama Sheila Rusly Raih Pujian Netizen

Hiburan

“Acting Mantap!” – Kelibat Faizal Azumu Berlakon Dalam Drama Sheila Rusly Raih Pujian Netizen

Tular sejak semalam mengenai sebuah video yang memaparkan Menteri Belia Dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu muncul dalam satu sedutan drama arahan JS Pictures Sdn Bhd yang berjudul Ratu Ten Pin 2.

Drama bersiri itu yang memaparkan suka duka atlet sukan boling kebangsaan iaitu Shalin Zulkifli itu dilihat turut menampilkan Faizal Azumu sebagai pelakon tambahan dan sekaligus membuatkan netizen teruja setelah klip video itu menjadi tular di media sosial.

Advertisement

Dalam video tersebut, Faizal dilihat berlakon mempertahankan dan melindungi Shalin daripada dibaling telur oleh seorang lelaki.

Kelihatan mantap sekali dari segi skill lakonan, Menteri Belia dan Sukan itu juga telah berjaya meraih pujian dari netizen.

faizal azumu berlakonSumber : Twitter  

Menyanyi boleh, menari joget pun dia hebat, review makanan pun boleh, sekarang berlakon pula. – netizen

Selain itu, ada juga yang menasihatkan agar Faizal Azumu berhenti menjadi menteri dan fokus dalam bidang lakonan sahaja memandangkan bakat yang ditunjukkan begitu besar dan boleh pergi jauh, bak kata netizen di media sosial.

Ultras Malaya
2 years ago

"Terlalu Ramai Bersorak, Punca Fokus Pemain Lari Sedikit" - Faizal Azumu Ulas Kekalahan Malaysia Menentang Bahrain

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...