“Terlalu Ramai Bersorak, Punca Fokus Pemain Lari Sedikit” – Faizal Azumu Ulas Kekalahan Malaysia Menentang Bahrain

Berita

“Terlalu Ramai Bersorak, Punca Fokus Pemain Lari Sedikit” – Faizal Azumu Ulas Kekalahan Malaysia Menentang Bahrain

Berikutan kekalahan Harimau Malaya dengan Bahrain dalam aksi kedua Kumpulan E Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu lalu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu tampil membuat sedikit kenyataan ketika ditemui media di Ulu Kinta, hari ini.

Kata Faizal, dia tidak merasakan penjaga gol Harimau Malaya, Farizal Marlias sebagai punca jaring ‘team’ Malaysia bolos kepada Bahrain dengan keputusan 1-2 sehingga ke akhir perlawanan.

Advertisement

Ujarnya, Farizal sememangnya berjasa menjalankan tugas sebagai penjaga gol negara dan telah mendedikasikan seluruh hidupnya kepada sukan dan pastinya dia tidak mahu gagal

Sementara itu, Faizal turut menegaskan bahawa faktor luaran seperti kehadiran 63,000 penonton di stadium ketika perlawanan berlangsung turut menjadi punca kerana ia boleh menyebabkan pemain negara hilang fokus, memetik laporan Harian Metro.

Sorakan sedemikian menyebabkan pemain hilang fokus, sekaligus skuad kita terlepas daripada menjaringkan gol.

Jadi kalau hendak kata (kekalahan) disebabkan 100 peratus faktor pemain pun, sebenarnya kita sebagai penonton menyumbang kepada larinya fokus peman.

Selain itu, dia turut memberitahu mengenai venue perlawanan yang dikekalkan iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil bagi perlawanan Malaysia menentang Bangladesh pada malam esok meskipun terpalit sedikit kontroversi mengenai keadaan padang yang tidak berkualiti setelah dilimpahi air akibat hujan lebat tempoh hari.

zulfarhan
6 bulan lalu

"Tak Adil Buat Keluarga Mangsa"- Keluarga Arwah Zulfarhan Tak Setuju Hukuman Mati Mandatori Dimansuhkan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

3 Comments

  1. Anonymous

    June 14, 2022 at 9:00 am

    dah kaloh tu salahkan penyokong pulok..menteri ni xberapa cerdik ye…pemain² sendiri yg ckp dorg perlukan sokongan penyokong…jangan benak sgt faizal azumu oi…nampok benor nipunye

  2. julajulibintang3

    June 14, 2022 at 8:51 am

    aku tak minat bola sepak tp aku tau lah perkembangan semasa..laki aku tgk bola, aku jeling2 gak..pastu aku dok ckp kt laki aku..ape teruk nau padang bola tu???bercapuk2 hijau & coklat…tp alasan menteri ni ntah ape2..sng je keje salahkan org luar..baik tanye sape pegawai yg syorkan padang tu??sedap ler makan duit tepi..menteri ni kdg2 tak bape pandai..setuju aje..baik aku je jadi menteri sukan…

  3. apai

    June 14, 2022 at 7:24 am

    macam mana le otak macam dia ni boleh jadi menteri?

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...