“Tak Adil Buat Keluarga Mangsa”- Keluarga Arwah Zulfarhan Tak Setuju Hukuman Mati Mandatori Dimansuhkan

Berita

“Tak Adil Buat Keluarga Mangsa”- Keluarga Arwah Zulfarhan Tak Setuju Hukuman Mati Mandatori Dimansuhkan

Kes kematian Pegawai Kadet Laut UPNM, Allahyarham Zulfarhan Osman pernah menggemparkan negara dan sehingga kini masih ada yang mengikuti susulan kes tersebut meskipun hukuman kepada si pelaku sudah pun ditentukan oleh mahkamah tinggi.

Namun begitu, bagi bapa arwah Zulfarhan, dia membantah keputusan kerajaan untuk memansuhkan hukuman mandatori di negara ini, seperti dilaporkan Harian Metro.

Advertisement

Zulkarnain Idros, 57, berkata keputusan tersebut akan meningkatkan lagi peningkatan kes kesalahan berat dan serius di Malaysia.

keluarga arwah zulfarhanSumber : Google  

Tambahnya lagi, hukuman penjara sebenarnya tidak cukup bagi memberi kesedaran kepada masyarakat dan penjenayah untuk tidak lagi mengulangi jenayah berat yang dilakukan mereka sebelum ini.

Lihatlah sahaja kes berkaitan Akta Dadah Berbahaya 1952, sebelum ini hukuman mati mandatori dikuatkuasakan pun kes pengedaran dadah masih tinggi. Bayangkan nanti apabila hukuman mati dimansuhkan pula.

Katanya lagi, dia menyedari mengenai hukuman mati yang masih wujud namun jika seseorang itu sudah disahkan bersalah membunuh orang tetapi hukuman selain mati mandatori diberikan, ia adalah sesuatu yang tidak adil kepada keluarga yang terpaksa menanggung sengsara kehilangan orang tersayang.

zulfarhanSumber : Google  

Ia membabitkan kehidupan rakyat negara ini. Saya berpendapat ia wajar ditentukan majoriti rakyat (mengenai pembatalan hukuman mati mandatori), bukan hanya sekumpulan pihak saja yang mungkin ada kepentingan lain.

Terdahulu, kerajaan menerusi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Wan Junaidi memaklumkan bahawa kerajaan telah bersetuju memansuhkan hukuman mati mandatori di negara ini, dengan hukuman gantian tertakluk kepada budi bicara mahkamah.

Hakim
1 year lalu

Kenapa Tertuduh Dalam Kes Buli Zulfarhan Terlepas Hukuman Mati? Ini Jawapannya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...