Wanita Ini Kongsi Cara Dapatkan Parcel Hilang Di Tempat Kurier

Trending

Wanita Ini Kongsi Cara Dapatkan Parcel Hilang Di Tempat Kurier

Sejak akhir-akhir ini, terdapat banyak kejadian yang mendapat perhatian dalam kalangan netizen berkaitan isu parcel hilang.

3 years ago

Stok Makanan Kena 'Rembat', Digantikan Dengan Sampah?

Advertisement

Isu ini merupakan masalah besar yang berlaku melibatkan penggunaan pusat servis kurier. Ramai mendakwa barangan mereka kerap rosak mengakibatkan pengguna terpaksa menanggung kerugian itu sendiri.

Berhubung dengan itu, pengguna mula menzahirkan rasa kecewa terhadap masalah itu sehingga bertindak ingin memboikot sesetengah syarikat servis kurier.

Parcel hilang ?

Terbaharu, tular di laman Twitter baru-baru ini apabila seorang pengguna bernama @AmallinaAzman turut berkongsikan masalah yang sama berlaku.

Menerusi hantaran itu, dia mendakwa salah satu pusat kurier di Selangor telah menghilangkan barang miliknya serta diarahkan untuk mengisi borang ganti rugi.

Selain itu, dia juga memaklumkan bahawa pihak syarikat kurier itu sekadar mampu menawarkan claim berjumlah RM100 sehingga RM300 atau hanya menanggung duit penghantaran sahaja.

Menurutnya lagi, perkara yang menambahkan kemarahannya ialah ganti rugi yang ditawarkan tidak mengikut harga barangan dan terpaksa menanggung kerugian.

Lapor pada SKMM

Bertindak dengan situasi itu, wanita tersebut telah melaporkan isu berkenaan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Hal itu kerana ganti rugi yang ditawarkan berjumlah RM300 itu dilihat tidak berbaloi sekiranya kehilangan barang yang mungkin harganya lebih tinggi daripada itu.

Walau bagaimanapun, laporan yang dibuatnya itu dilihat berhasil apabila pihak syarikat kurier itu bertindak menghantar kembali barangannya.

Wanita itu turut berkongsikan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh masyarakat bagi mendapatkan semula barangan yang hilang atau tidak diterima dalam tempoh masa yang lama.

Menurutnya lagi, para pengguna servis kurier yang membuat aduan kepada SKMM berpeluang mendapatkan ganti rugi sehingga RM5,000 mengikut harga barangan.

lapor parcel hilang kepada SKMM

Perkara itu jelas lebih memberikan manfaat kepada pengguna daripada menerima ganti rugi yang ditawarkan oleh syarikat servis kurier itu.

Bagi memudahkan pengguna, anda hanya perlu klik di sini bagi membuka peluang untuk membuat aduan kepada SKMM.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...