Stok Makanan Kena ‘Rembat’, Digantikan Dengan Sampah?

Trending

Stok Makanan Kena ‘Rembat’, Digantikan Dengan Sampah?

Sejak pandemik dan penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan (PKP), pembelian barangan atau penghantaran parcel atas talian semakin mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat.

Pengawalan aktiviti serta prosedur kedai yang ketat semakin menyukarkan mereka yang ingin mendapatkan barang keperluan harian.

Advertisement

Bukan itu sahaja, segelintir masyarakat juga menzahirkan rasa risau akan jangkitan jika mereka keluar dari rumah. Maka, pembelian atas talian mampu menyelesaikan masalah tersebut.

Namun, baru-baru ini kecoh tentang masalah yang berlaku melibatkan penghantaran parcel di mana barang yang dihantar mengalami kerosakan dan ada sesetengahnya hilang.

Parcel dibuka?

Tular di laman Twitter mengenai satu ciapan yang dibuat oleh @Schaza_Izzati memaparkan kekecewaannya terhadap sebuah syarikat servis kurier.

Dia mendakwa kotak bungkusan berisi makanan untuk teman lelakinya telah dibuka dan digantikan dengan sampah oleh pekerja syarikat tersebut.

Advertisement

Bungkusan itu dipercayai dihantar kepada teman lelakinya yang sedang menjalani kuarantin di rumah kerana positif Covid-19.

Bungkusan asal 

Menerusi hantaran itu, wanita terbabit turut memuat naik gambar isi bungkusan asal sebelum bertindak menghantar kepada teman lelakinya.

Gambar yang dimuat naik itu memaparkan pelbagai makanan snek yang disusun rapi dalam kuantiti yang banyak sebelum dibungkus di dalam sebuah kotak.

parcel jnt

Namun, apabila barang tersebut sudah sampai kepada individu yang sepatutnya, dia terkejut apabila teman lelakinya menunjukkan sampah yang diterima.

Advertisement

Lebih menghairankan, barang yang diterima termasuk botol susu serta permainan kanak-kanak. Hal itu diketahui selepas teman lelakinya memuat naik video unboxing kotak tersebut.

“Kau tengok dia siap buat video unboxing punyalah happy, alih alih dapat sampah.”

jnt

Bagi wanita itu, walaupun ada segelintir netizen yang menyatakan barangan yang dicuri itu hanyalah makanan snek, tetapi ia merupakan masalah yang besar.

Hal ini kerana teman lelakinya tidak boleh keluar rumah untuk mendapatkan bekalan makanan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa simpati serta geram dengan pekerja syarikat tersebut yang tidak amanah dalam melakukan pekerjaan.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...