Wanita Ditahan Disyaki Bunuh Suami Didapati Positif Dadah, Pernah Ada Rekod Lampau Berkaitan Kes Jenayah

Berita

Wanita Ditahan Disyaki Bunuh Suami Didapati Positif Dadah, Pernah Ada Rekod Lampau Berkaitan Kes Jenayah

Wanita yang ditahan pihak polis kerana dipercayai memukul suaminya sehingga menyebabkan kematian di Flat Nipah, Taman Nipah hari ini, didapati berada di bawah pengaruh dadah.

Menurut laporan, hasil ujian saringan ke atas wanita berusia 36 tahun itu mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

Advertisement

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata ibu kepada dua anak itu mempunyai tiga rekod lampau iaitu kes berkaitan dadah serta satu kes jenayah (mendatangkan cedera).

Hasil siasatan mendapati motif pembunuhan dipercayai wanita itu berada di bawah pengaruh dadah.”

Polis kini masih mengesan seorang lelaki yang dipercayai turut terbabit dalam kes berkenaan untuk membantu siasatan.

Siasatan kes ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan manakala bagi kes positif dadah itu pula, wanita terbabit disiasat mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Terdahulu, seorang lelaki berusia 44 tahun ditemukan maut, awal pagi hari ini dengan muka dan kepalanya cedera dipercayai diserang menggunakan objek tumpul.

5 bulan lalu

"Jiran Dengar Pintu Dihempas, Kerusi Diheret" - Lelaki Maut Dipercayai Akibat Dibelasah Isteri, Ada Kesan Lebam Di Badan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...