“Jiran Dengar Pintu Dihempas, Kerusi Diheret” – Lelaki Maut Dipercayai Akibat Dibelasah Isteri, Ada Kesan Lebam Di Badan

Berita

“Jiran Dengar Pintu Dihempas, Kerusi Diheret” – Lelaki Maut Dipercayai Akibat Dibelasah Isteri, Ada Kesan Lebam Di Badan

Seorang lelaki berusia 44 tahun ditemui maut di kediaman keluarganya di tingkat tiga, Blok 14, Flat Nipah di Taman Daya, Johor Bahru, hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, mangsa, Lee Ming How ditemukan dalam keadaan terbaring dan dipercayai dipukul isterinya.

Advertisement

Jelas Raub, kejadian itu dipercayai berlaku jam 7.50 pagi di kediaman mangsa yang turut dihuni oleh isteri serta anak-anaknya.

Anak mangsa yang berada di rumah berkenaan menjadi saksi utama kejadian itu. Polis masih menyiasat motif kejadian dan sama ada suspek menggunakan senjata.”

Pasangan itu mempunyai dua anak berusia dua dan 11 tahun. Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dipukul isterinya berusia 35 tahun hingga menyebabkannya meninggal dunia.

Salah seorang jiran mangsa, Seri, 25 tahun, berkata dia kerap mendengar bunyi bising dari kediaman keluarga tersebut sejak dua bulan lepas.

Bagaimanapun, dia kurang pasti jika keluarga mangsa mempunyai masalah dan beranggapan ia hanya pergaduhan biasa.

Kata Seri lagi, dia tidak menyangka perkara itu berakhir dengan tragedi dan ada jiran yang memaklumkan bahawa kaki mangsa turut diikat serta mempunyai kesan lebam di tubuhnya.

Mungkin mereka berselisih faham hingga saya terdengar bunyi seperti pintu dihempas dengan kuat, kerusi diheret dan sebagainya.”

Suspek dilaporkan telah pun ditahan pihak polis bagi membantu siasatan dan perintah reman juga turut dimohon.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

5 bulan lalu

"Tragis"- Mayat Pasangan Suami Isteri Ditemui Di Ruang Tamu, Dipercayai Dibunuh Ahli Keluarga Sendiri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...