Wanita Dikecam Ambil Kesempatan Minta Laptop Dekat TikToker, Tampil Beri Penjelasan – “Saya Diupah RM100 Je Untuk Konten Ni”

Trending

Wanita Dikecam Ambil Kesempatan Minta Laptop Dekat TikToker, Tampil Beri Penjelasan – “Saya Diupah RM100 Je Untuk Konten Ni”

Antara trend konten di TikTok zaman sekarang adalah menemu bual orang awam secara rawak dan menawarkan wang atau hadiah.

1 year ago

"Ramai Tak Tahu Bezakan Konten & Realiti" - Dikecam 'Jual' Muka Demi Makanan Percuma, 'Influencer' Tak Diam Diri

Advertisement

Namun, seorang wanita teruk di kecam di platform media sosial itu dan dikutuk tamak serta tidak tahu malu kerana meminta ganjaran yang berjumlah ribuan ringgit.

Video tersebut dimuat naik semula di aplikasi X namun pengguna media sosial di platform tersebut memberikan respon yang jauh berbeza daripada di TikTok.

 

RM1 atau hadiah misteri?

Menerusi video tersebut, seorang wanita Cina mendekatinya yang sedang duduk dan bertanya sama ada dia mahu menerima RM1 atau mystery gift.

Dia memilih hadiah misteri dan menerusi kertas tertulis bahawa wanita tersebut boleh meminta individu yang bertanya kepadanya itu apa sahaja bernilai RM250 ke atas.

Tidak perlu berfikir panjang, dia kemudian menunjukkan kedai gajet dan meminta komputer riba Macbook berharga ribuan ringgit.

 

Lahhh, rupanya diupah buat konten

Wanita tersebut yang teruk dikecam di TikTok kemudian tampil memberi penjelasan di aplikasi X dan mendedahkan dia sebenarnya dibayar untuk membuat konten terbabit.

Saya kena kecam teruk, seandainya mereka tahu ini semua konten semata-mata. Saya dapat upah sebanyak RM100 je untuk buat konten ni.

Dia juga mendedahkan bahawa telah mendapat banyak DM daripada warganet yang menghemburkan kata-kata kurang enak sehingga ada yang turut mengutuk fizikalnya.

diupah buat konten

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...