“Ramai Tak Tahu Bezakan Konten & Realiti” – Dikecam ‘Jual’ Muka Demi Makanan Percuma, ‘Influencer’ Tak Diam Diri

Kehidupan

“Ramai Tak Tahu Bezakan Konten & Realiti” – Dikecam ‘Jual’ Muka Demi Makanan Percuma, ‘Influencer’ Tak Diam Diri

Sedia maklum, beberapa hari yang lalu tular video influencer ‘menjual’ muka cantik mereka untuk mendapatkan makanan percuma di sebuah restoran Arab di Kuala Lumpur.

Susulan berbuat demikian, kebanyakkan netizen mengecam kedua-dua gadis terbabit, hingga ada berkata maruah mereka terlalu rendah kerana berbuat demikian.

Advertisement

Sedar diri dikecam teruk, salah seorang gadis di dalam video berkenaa tampil memberi penjelasan bahawa video tersebut di lakukan untuk promote restoran berkenaan dan diri mereka dibayar untuk melakukannya.

Dalam pada itu, dia turut berkata sebelum ini ada saja dia melakukan konten seakan-akan sama tetapi tidak pula dikecam teruk oleh netizen.

Gadis yang mengakui dirinya sebagai pembuat konten itu tidak menyangka banyak netizen tidak dapat membezakan konten media sosial dan realiti.

Meninjau di ruangan komen ciapan yang dilakukan, rata-rata netizen menasihati gadis berkenaan untuk meletakkan label bahawa kontennya berbayar serta tidak terlalu menghiraukan kecaman yang diterima sejak beberapa hari lalu.

influencer jual muka dapat shawarma percuma
1 year ago

"Murah Maruah Kau Dik" - Manja-Manja Bila Bercakap, 'Influencer' Sanggup 'Jual' Muka Cantik Demi Makanan Percuma

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...