Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Wanita Dakwa Masih Berstatus Isteri Ketika Suami Nikah Serina, Cerai Mac Lalu

Baru sahaja umum nikah, anak cef selebriti terkenal, Serina, mencetuskan kontroversi apabila dia didakwa berkahwin tanpa pengetahuan bapa di Siam. Perkara ini didedahkan sendiri oleh Chef Wan menerusi beberapa hantaran di akaun Instagram.

Cef Wan
ARTIKEL BERKAITAN

Advertisement

Terbaru, mStar melaporkan seorang wanita telah tampil mendakwa sebagai isteri pertama kepada Meor Mohammad Aidid. Dakwa wanita tersebut, pernikahan Serina berlangsung ketika dia masih bergelar isteri yang sah.

Kredit foto: mStar

Saya cuma nak bersihkan nama keluarga, sebab tu saya beritahu perkara sebenar. Saya tak tahu kenapa mereka (Serina dan Aidid) perlu menipu. Memang benar Aidid berkahwin dengan Serina ketika dia masih suami saya yang sah.

Sebenarnya hubungan saya dengan bekas suami pun tiada sebarang masalah dan kami jalani kehidupan bahagia biarpun
kadangkala terpaksa berjauhan kerana kerja masing-masing.

Menurut Nur Hamizah Shaffee lagi, mereka baru sahaja bercerai pada 9 Mac lalu dengan talak satu. Cukup sebulan bercerai, Serina mengumumkan mengenai pernikahan mereka kepada umum.

Ikutkan saya nak berdiam diri sahaja tapi apabila dia (Serina) beritahu perkara tidak betul, saya perlu bersuara. Saya syak
mereka berkahwin pada minggu ketiga bulan Februari.

Katanya, dia pernah menghubungi bapa Serina, Chef Wan untuk menjelaskan perkara sebenar namun panggilan tidak dijawab.

Saya ada hubungi Chef Wan untuk jelaskan hal ini tapi tak berjawab. Dia tidak tahu apa-apa fasal pernikahan mereka.

Chef Wan langsung tidak bersalah dalam hal ini… saya harap netizen pun jangan menilai dengan membaca cerita satu pihak
(Serina) sahaja.

Untuk menguatkan lagi dakwaan, Hamizah yang berkerja sebagai pensyarah di sebuah kolej antarabangsa di Kampar, Perak menunjukkan salinan aduan terhadap suami yang dibuat melalui Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) PDRM di IPK Perak pada 2 Mac lalu.

Dalam aduan tersebut, Hamizah berkata dia dimaklumkan suami mengenai pernikahan dengan Serina pada 18 Februari. Hamizah dalam aduan tersebut berkata perkahwinan berlangsung tanpa kebenarannya sebagai isteri pertama.

 

SUMBER : mStar
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

7 Comments

  1. anonymous

    April 12, 2021 at 5:21 pm

    dah bertahun tak main tu yang tewas tu kat mana2 jantan yg pandai ayat terus sangkut.terus ajak kawin nafsu serakah membuak buak

  2. Anonymous

    April 12, 2021 at 5:08 pm

    Entah-entah dengan ex husband dia dulu pun dia ya g buat cerita kat CW. Putar belit nampak yang salah si ex.

  3. brunes

    April 12, 2021 at 2:50 pm

    ni namanya janda birah

  4. tecit

    April 12, 2021 at 2:47 pm

    rupenye hubungan xde masalah. tp laki main kayu tiga alasan pjj. puihhhhh. ha serinaa, pasni kau kepit la laki kauu. karang jauh2 die pasang satu lagi pulekkkk.

  5. dah janda anak dua pun masih tak matang!

    April 12, 2021 at 1:42 pm

    woohoo.. terbongkar sudah penipuan serina! malu wei malu….

    • Basikal baru

      April 12, 2021 at 3:04 pm

      Tuelah menipu lg last ex wife bgtw

    • benci perampas!

      April 12, 2021 at 3:10 pm

      dia tak fikir, esok lusa jantan tu blh buat benda yg sama dkt dia. mcm elok sgt la jantan tu nak dirampas2! to the ex wife, be strong ya!

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top