Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Serina Menikah Di Thailand Tanpa Pengetahuan, Chef Wan Akui Kecewa -” Dulu Pun Dia Malukan Saya..”

Cef Wan

Gempar seketika di media sosial Instagram apabila cef selebriti terkenal negara, Datuk Cef Wan baru sahaja mengetahui bahawa anak perempuannya, Serina Redzuan telah bernikah secara senyap pada pagi tadi.

Cef Wan meluahkan rasa kecewa berbaur bengang mengenai hal itu menerusi ruang Instagram miliknya sebentar tadi.

Advertisement

Ujar Cef Wan, dia hanya mengetahui berita itu apabila kakaknya memberitahu mengenai Serina telah bernikah dengan seorang lelaki yang bernama Aided yang merupakan seorang anggota polis.

View this post on Instagram

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

“Hati saya dipanah petir ketika itu, nak nikah rumah papa untuk urusan nikah semula di Malaysia saja. Terus saya tak jawab pun apa dia cakap. Dulu dia pun malukan saya dengan kisah Hani Mohsein dia tu..”

Curahan hati Cef Wan itu dizahirkan secara panjang lebar setelah beberapa jam Serina mengumumkan dirinya sudah kembali memegang status isteri.

Tambahnya lagi, tindakan yang dilakukan anak perempuannya ternyata telah mengecewakan dirinya sebagai seorang bapa.

View this post on Instagram

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

“Sebagai seorang Ayah, sudah tentu apa yang mereka berdua lakukan ini telah mengecewakan saya, saya tak melarang pun dia nikah. Pergi nikah di Siam dah lama tu baru bagi tahu bapaknya, bagus ke budi bahasa anak jenis begini?”

Meskipun kecewa dengan perkara itu, Cef Wan hanya mendoakan yang terbaik untuk anaknya dan suami barunya itu kerana menganggap kedua-duanya sudah dewasa untuk bertanggungjawab dalam setiap tindakan yang dilakukan.

Advertisement

Dalam satu hantaran yang lain, pelakon Serina Redzuan telah mengumumkan bahawa dia telah bernikah secara tertutup dengan lelaki pilihan menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya.

Tambah Serina lagi, dia dan suami hanya ingin mendahulukan perkara yang wajib terlebih dahulu.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 Comments

  1. tecit

    April 12, 2021 at 11:15 am

    chef wan pon sepatotnye mendoakan yg terbaik utk ank2. dah jodoh die nk buat mcm mane kan.. yg sblm2 ni pon kan bukan slh sape2 pon. dah mmg takdir.

  2. Kaila

    April 10, 2021 at 10:24 am

    Sebagai seorang ayah, chef wan sepatutnya galak kan serina mencari suami yang baru. But he expect serina mcm dia. Dah cerai, tak nak kawin lagi. That’s absurd. Kita semua mempunyai perasaan. Tak kan sekali gagal dan silap, terus tak nak try lagi. Ingatlah sikit, cucu tu perlukan kasih sayang seorang ayah. Nak ikutkan serina dah minta izin tapi chef wan tak bagi. Abis skrg nak salahkan sape? Jgn nak angkuh sangat chef wan.

  3. Anonymous

    April 10, 2021 at 9:23 am

    Kesian tgk chef wan..die kaya..famous.. tali di uji anak2 yang peel mcm2.. mungkin ini bahagian die.. smoga kita pn tabah mnghadapi ujian..yg pelbagai ?

Loading...
To Top