4 years ago
Serina Menikah Di Thailand Tanpa Pengetahuan, Chef Wan Akui Kecewa -" Dulu Pun Dia Malukan Saya.."
Terbaru, mStar melaporkan seorang wanita telah tampil mendakwa sebagai isteri pertama kepada Meor Mohammad Aidid. Dakwa wanita tersebut, pernikahan Serina berlangsung ketika dia masih bergelar isteri yang sah.
Kredit foto: mStar
Saya cuma nak bersihkan nama keluarga, sebab tu saya beritahu perkara sebenar. Saya tak tahu kenapa mereka (Serina dan Aidid) perlu menipu. Memang benar Aidid berkahwin dengan Serina ketika dia masih suami saya yang sah.
Sebenarnya hubungan saya dengan bekas suami pun tiada sebarang masalah dan kami jalani kehidupan bahagia biarpun
kadangkala terpaksa berjauhan kerana kerja masing-masing.
Menurut Nur Hamizah Shaffee lagi, mereka baru sahaja bercerai pada 9 Mac lalu dengan talak satu. Cukup sebulan bercerai, Serina mengumumkan mengenai pernikahan mereka kepada umum.
Ikutkan saya nak berdiam diri sahaja tapi apabila dia (Serina) beritahu perkara tidak betul, saya perlu bersuara. Saya syak
mereka berkahwin pada minggu ketiga bulan Februari.
Katanya, dia pernah menghubungi bapa Serina, Chef Wan untuk menjelaskan perkara sebenar namun panggilan tidak dijawab.
Saya ada hubungi Chef Wan untuk jelaskan hal ini tapi tak berjawab. Dia tidak tahu apa-apa fasal pernikahan mereka.
Chef Wan langsung tidak bersalah dalam hal ini… saya harap netizen pun jangan menilai dengan membaca cerita satu pihak
(Serina) sahaja.
Untuk menguatkan lagi dakwaan, Hamizah yang berkerja sebagai pensyarah di sebuah kolej antarabangsa di Kampar, Perak menunjukkan salinan aduan terhadap suami yang dibuat melalui Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) PDRM di IPK Perak pada 2 Mac lalu.
Dalam aduan tersebut, Hamizah berkata dia dimaklumkan suami mengenai pernikahan dengan Serina pada 18 Februari. Hamizah dalam aduan tersebut berkata perkahwinan berlangsung tanpa kebenarannya sebagai isteri pertama.