Tular sebuah gambar mempamerkan seorang wanita di Britain sedang melakukan sesuatu yang menggelikan dan jijik di tempat awam.
Menurut laporan, wanita tersebut telah membuang air besar di tengah jalan ketika waktu siang di sebuah kawasan kediaman.
Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 11.20 malam (waktu tempatan), Khamis di sebatang jalan berhampiran kawasan perumahan di Parkwood Avenue, bandar Scunthorpe.
Seorang penduduk yang berada di tempat kejadian ketika itu terkejut dan terus bertindak merakam gambarnya yang sedang membongkok dari luar tempat duduk penumpang kereta. Ketika itu, dia juga dilihat sedang berbual menggunakan telefon.
Najisnya dikatakan ditinggalkan dan ditutup dengan sehelai pelitup mula diatasnya. Menurut individu itu lagi, wanita berkenaan kembali ke dalam kereta selepas menyedari kehadirannya.
Saya keluar dari rumah dengan beberapa rakan ketika ternampak sebuah kereta berwarna biru dengan pintu tempat duduk penumpang terbuka di luar rumah penjagaan Bridgewater.”
Wanita tersebut kemudian mengundurkan keretanya dan menuju ke arah Parkwood Avenue sebelum berhenti di sebatang jalan.
Dia kemudian berlalu pergi selepas keluar dari kereta dan berjalan ke atah Seaton Road.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending lain pada pautan di bawah.