“Penuh Ulat Sampah, Lampin Bernajis” – Gadis Kesal Penyewa Tinggalkan Rumah Dalam Keadaan Jijik 

Trending

“Penuh Ulat Sampah, Lampin Bernajis” – Gadis Kesal Penyewa Tinggalkan Rumah Dalam Keadaan Jijik 

Adat dalam menyewa, bagaimana kita masuk dengan langkah pertama, macamtu jugalah bila kita nak keluar nanti. Kebersihan dan keadaan rumah pun mestilah dijaga kan.

Namun lain pula yang terjadi kepada seorang gadis bersama adik perempuannya yang terpaksa melalui detik menjijikkan apabila rumah sewa milik datuknya itu ditinggalkan dalam keadaan yang sangat kotor dan berselerak. Ish, apa nak jadi…

Advertisement

Lapor Mstar, penemuan yang menjijikkan itu disedari sewaktu kunjungan mereka ke rumah tersebut selepas sebuah keluarga yang menyewa telah berpindah.

Pun begitu, hasratnya untuk hanya melihat bertukar rasa kecewa kerana keadaan rumah yang penuh dengan sampah dan bahan buangan. Stres!

Gadis yang dikenali sebagai Intan itu mengatakan rumah berkenaan telah disewakan kepada sebuah pasangan suami isteri bersama empat anak mereka.

Disebabkan datuknya sudah berumur lewat 60-an, datuknya telah mengamanahkan Intan untuk mengutip bayaran sewa rumah tersebut. Lapor Intan sambil mengatakan rumah teres itu adalah satu tingkat yang terletak di Kota Tinggi, Johor.

“Bagaimanapun, baru-baru ini kami sekeluarga didatangi oleh seorang individu yang bertanyakan tentang rumah tersebut untuk menyewa dan mahu melihatnya terlebih dahulu”

Ujar Intan kepada Mstar, mereka sebenarnya pelik kerana rumah itu masih ada penyewa. Namun, jiran disana memaklumkan bahawa rumah tersebut baru sahaja dikosongkan dan penyewa sekeluarga itu telah berpindah ke tempat lain.

Intan juga ada menghubungi penyewa yang telah mendiami tempat tersebut sejak tahun 2016 itu untuk memulangkan kunci rumah tersebut.

“Bila saya datang periksa rumah sewa itu, keadaanya tak seperti mula-mula mereka masuk menyewa. Ada banyak barang seperti perabot lama yang ditinggalkan dan tidak dibuang”

Katanya, dinding luar rumah dan dalam juga dipenuhi dengan contengan budak-budak.

“Saya tahu mereka anak kecil dan paling besar pun berusia 6 tahun, tapi takkan pindah keluar tinggalkan macam tu saja..nak jadikan wallpaper untuk penyewa baru ke?”

Lebih menyedihkan, di bahagian dalam rumah turut ditinggalkan dengan lampin bayi yang masih belum digunakan selain lampin yang penuh dgn air kencing. Fuh bukan biasa biasa penyewa ni..

“Mereka tak kemas seluruh rumah sebelum pindah keluar, lantai tak disapu dan sampah merata-rata. Paling teruk di dapur, sampai ada longgokan sampah yang sudah berulat”

Keadaan menjadi lebih jijik apabila bekas telur yang telah ditinggalkan rupanya tersimpan banyak tahi tikus di merata-rata tempat.

Bukan itu sahaja, Intan juga turut menemukan bil air yang berharga kira-kira RM224 yang dijumpai di tingkap hadapan rumah sewa berkenaan.

“Bila saya kemas-kemas di bahagian dapur, terjumpa lagi bil elektrik bulan Januari 2021 dalam longgokan kertas yang berjumlah lebih RM3,300”

Intan dalam laporannya berkata, dia sedang cuba untuk berurusan dengan bekas penyewa berkenaan bagi melunaskan tunggakan bil yang tidak dijelaskan selain membayar kos membaik pulih kerosakan di rumah tersebut.

Gadis itu kemudiannya mengingatkan pada semya penyewa supaya menjadikan rumah sewa itu seperti rumah sendiri, ini adalah untuk menzahirkan sifat tanggungjawab dan bukannya lepas tangan.

“Kalau mula-mula masuk rumah tu cantik dan bersih, macam tulah keadaan bila dah keluar. Bukannya dibiarkan teruk macam dah tak serupa rumah” katanya dengan nada sedih dan kesal.

Gadis itu juga meluahkan rasa kecewanya dilaman sosial Tiktoknya baru-baru ini.

Macam-macam hal kan. Kepada semua, jadikan perkara ini sebagai iktibar untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab ya..paling penting, jaga kebersihan tau!

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...