Wanita Buat ‘Stand Up Comedy’ Hina Islam, Didakwa Di Mahkamah Hari Ini

Kehidupan

Wanita Buat ‘Stand Up Comedy’ Hina Islam, Didakwa Di Mahkamah Hari Ini

Wanita yang tular didakwa menghina Islam dalam persembahan stand up comedy di sebuah kelab komedi dijangka akan berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menghina Islam.

Menerusi laporan Berita Harian, wanita berusia 28 tahun tiba di Kompleks Mahkamah dengan memakai kot hitam dan baju kuning pada jam 9 pagi dengan tangan bergari.

Advertisement

Suspek juga diiringi dua anggota polis masuk ke mahkamah dan puluhan pengamal media daripada pelbagai agensi turut hadir bagi merakam video serta gambar wanita itu.

Selain itu, teman lelaki suspek berusia 38 tahun dipercayai didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Wanita itu dikatakan telah ditahan di Jalan Gasing, Petaling Jaya, pada Sabtu dan direman selama empat hari, manakala teman lelakinya ditahan keesokan harinya dan direman selama tiga hari.

Dalam pada itu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sedang melakukan penyiasatan ke atas video tular berkenaan, manakala Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggantung serta-merta lesen kelab komedi yang terlibat secara sementara selepas penularan video tersebut.

club
5 bulan lalu

(VIDEO) “Acara Menghina Islam?” - Dakwa Hafal 15 Juzuk Al-Quran, Wanita Tiba-Tiba Tanggal Baju Di Kelab Komedi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...