(VIDEO) “Acara Menghina Islam?” – Dakwa Hafal 15 Juzuk Al-Quran, Wanita Tiba-Tiba Tanggal Baju Di Kelab Komedi

Kehidupan

(VIDEO) “Acara Menghina Islam?” – Dakwa Hafal 15 Juzuk Al-Quran, Wanita Tiba-Tiba Tanggal Baju Di Kelab Komedi

Viral di media sosial Facebook baru-baru ini mengenai satu hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Lokman Daud yang memaparkan tindakan seorang wanita telah mendapat kecaman orang ramai.

Menerusi video tersebut, wanita itu pada mulanya dilihat berpakaian sopan dengan memakai berbaju kurung dan berselendang sambil memperkenalkan dirinya.

Advertisement

Namun, secara tiba-tiba dia telah bertindak menanggalkan tudung dan pakaiannya di hadapan orang ramai di sebuah kelab komedi di ibu kota, Kuala Lumpur.

Saya telah menghafal 15 juzuk AL-Quran but… one second…

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen telah memberi pelbagai reaksi dengan mengecam tindakan wanita itu yang bukan sahaja memalukan nama baik agama Islam malah dirinya sendiri.

Allah, apa nak jadi dengan orang Muslim zaman ini, ramai dah terpesong akidahnya,” tulis seorang pengguna Facebook.

Dalam pada itu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah melakukan siasatan awal video tular tersebut dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Perseketuan) 1997, Seksyen 7 iaitu menghina, atau menyebabkan dipandang hina agama Islam dengan denda tidak melebihi RM3000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

gajah
2 years ago

(VIDEO) "Balik Raya Paling Ngeri!" - Tular Gajah Serang Pengguna Jalan Raya, Sampai Kemek Kereta

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...