Wanita Buat Aduan Jadi Mangsa Gangguan Seksual Libatkan Pekerja, Pihak ‘Mall’ Tak Ambil Serius, Hanya Gelak

Berita

Wanita Buat Aduan Jadi Mangsa Gangguan Seksual Libatkan Pekerja, Pihak ‘Mall’ Tak Ambil Serius, Hanya Gelak

Baru-baru ini, seorang wanita warganegara bernama Rachel berkongsikan kisah mengenai dirinya menjadi mangsa gangguan seksual di sebuah pusat membeli-belah yang melibatkan pekerja disana tular di media sosial.

Hal ini diceritakan di Instagram Livenya, dia memberitahu ketika itu seperti hari biasa, dia bersama suami serta anak perempuannya pergi ke sebuah pusat membeli-belah berdekatan dengan rumah untuk membeli barang dapur.

Advertisement

Bagaimanapun, semasa mereka sedang jalan kearah kereta setelah selesai membeli-belah, Rachel mendapati seorang pekerja yang sedang menolak troli mengikuti keluarganya dari belakang.

Beliau mula berasa ‘seram’ dengan lelaki terbabit, namun hanya membiarkan saja dan tidak terlalu kisah, tetapi apa yang membuatkan dirinya bertambah tidak selesa apabila lelaki itu masih belum beredar dari kawasan keretanya biarpun troli yang dibawa oleh suaminya sudah diberi pada lelaki terbabit.

Ketika suaminya menemani anak perempuan mereka ke tandas, ‘pekerja’ itu berdiri di luar keretanya dan meminta Rachel untuk menurunkan tingkap kereta.

Lelaki terbabit mula mengeluarkan kata-kata seksual dan kerana tidak selesa, wanita tersebut menaikkan tingkap semula serta berasa lega sedikit apabila keluarganya sudah kembali.

Biarpun masih dalam keadaan takut, Rachel menguatkan diri untuk mengadu hal terbabit kepada pihak pusat membeli-belah itu, namun respon yang didapati amat mengejutkan dirinya kerana wanita di dalam talian itu ketawa dan tidak mengambil serius berkenaan hal ini.

Dia hanya puji awak, itu pun awak rasa terancam ah?

Selepas dirinya menjadi mangsa, dia sedar kenapa mangsa-mangsa gangguan seksual yang lain tidak membuat sebarang aduan kerana orang lain tidak akan memahami dan akan membuatkan ia sebagai bahan jenaka.

Meninjau di ruangan komen hantaran terbabit, rata-rata netizen memberi kata-kata semangat kepada Rachel dan berterima kasih kepadanya kerana berkongsikan berkenaan isu yang semakin berleluasa ini.

Mangsa gangguan seksualSumber : Instagram 

Shahrulezad kecewa dengan Annuar Musa
2 years ago

Gangguan Seksual Di Anggap Hal Remeh, Shahrulezad Kecewa Dengan Annuar Musa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...