Gangguan Seksual Di Anggap Hal Remeh, Shahrulezad Kecewa Dengan Annuar Musa

Hiburan

Gangguan Seksual Di Anggap Hal Remeh, Shahrulezad Kecewa Dengan Annuar Musa

Kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkaitan dengan menasihatkan orang industri seni tanah air agar tidak memperbesarkan isu gangguan seksual berlaku dalam kalangan mereka telah membuat pengarah terkenal, Shahrulezad berasa terkilan.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, Shahrulezad seperti terkelu lidah apabila Annuar Musa mengeluarkan kenyataan seolah-olah menjadikan hal tersebut seperti perkara biasa dan remeh.

Advertisement

Menurut pemilik rumah produksi Radiusone itu, beliau tidak menafikan gurauan berunsur lucah sememangnya terjadi dalam kalangan kru dan juga artis sehingga ia telah menjadi budaya dalam industri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shahrulezad mohameddin (@budakijat)

Walau bagaimanapun, Shahrulezad atau mesra dipanggil Ijat mengakui perkara tersebut seperti gurauan lucah sememangnya salah tidak kira secara lisan mahupun tubuh.

Sehubungan dengan itu, pengarah drama popular Nur itu berkata dirinya berasa kurang selesa apabila Annuar Musa menyifatkan isu gangguan seksual dalam kalangan pemain industri tanah air adalah perkara remeh dan tidak perlu diperbesarkan.

Sebelum ini, sebuah akhbar melaporkan bahawa Annuar Musa menasihatkan pemain dalam industri seni tanah air tidak memperbesarkan isu gangguan seksual yang berlaku dikalangan mereka dan menurutnya, orang industri seharusnya utamakan hal-hal positif daripada isu-isu terpencil yang didakwa berlaku.

Selain itu, kami juga kongsikan beberapa artikel trending pada pautan dibawah ini.

Haqiem Rusli
2 years ago

Lagu 'Hitam Saksi Putih' Simbolik Cinta Haqiem Rusli Dan Anis Sofea

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...