Wanita Berintiman Di Balkoni Jatuh Terduduk Atas Kereta

Trending

Wanita Berintiman Di Balkoni Jatuh Terduduk Atas Kereta

Seperti yang kita tahu, zaman sekarang ini sudah banyak kita dengar tentang berita pasangan tidak berkahwin berintiman seperti ia bukan satu kesalahan. Walaupun di tempat yang tersembunyi serta tiada orang yang tahu, tetapi perlakuan ini ternyata haram di sisi agama.

Di Malaysia, perkara ini sememangnya tidak dibenarkan pada pasangan yang belum berkahwin. Namun, kadar aktiviti tidak bermoral ini semakin hari dilihat semakin menjadi-jadi dalam kalangan masyarakat negara kita.

Advertisement

5 years ago

Gara-gara Payudara Isteri 'Jatuh' Di Hari Perkahwinan, Suami Enggan Lakukan Hubungan Intim

Agak menyedihkan untuk kita dengar dan lihat tentang isu ini kerana ramai pelaku aktiviti tidak bermoral ini seakan tidak mengendahkan langsung dan merasakan ia adalah sesuatu yang normal untuk dilakukan pada zaman sekarang.

Menurut laporan daripada KOSMO, seorang wanita mengalami pengalaman ngeri dan memalukan apabila dia tergolek jatuh dari tingkat atas rumah ke atas bumbung kereta ketika sedang melakukan hubungan seksual di ruang balkoninya semalam.

Pasangan sedang asyik berintiman di balkoni rumah, tiba-tiba si wanita terjatuh atas kereta

Kejadian tersebut berlaku di sebuah flat di Taipei dan berjaya dirakam oleh sistem televisyen litar tertutup (CCTV) yang memaparkan mangsa jatuh terduduk dalam keadaan separuh bogel.

Wanita berintiman jatuh balkoni

Tangkap layar rakaman CCTV menunjukkan wanita itu jatuh terduduk di atas sebuah kereta – Sumber KOSMO

Wanita itu dipercaya sedang hangat memadu asmara di atas pagar balkoni rumah dengan kekasihnya sebelum tergelincir dan terjatuh. Dia dirakam bergolek-golek di atas bumbung kereta sambil menahan kesakitan sebelum mengumpul kekuatan untuk turun ke bawah.

Tidak lama selepas itu, kekasihnya yang tidak berbaju dilihat datang berlari mendapatkan mangsa sebelum memeluk dan menenangkannya.

Wanita berintiman jatuh balkoni

Tangkap layar rakaman CCTV menunjukkan kekasih wanita itu datang mendapatkan mangsa selepas dia terjatuh dari balkoni – Sumber KOSMO

Impak hentakan itu menyebabkan bumbung kereta tersebut kemek manakala mangsa yang dikejarkan ke hospital dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian belakang badannya namun berada dalam keadaan stabil.

Akibat insiden tersebut juga, pasangan itu diarahkan untuk membayar ganti rugi kepada pemilik kereta tersebut yang merupakan jiran mereka kerana kereta itu mengalami kerosakan yang agak teruk.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...